Categories: Resipi

Resipi Pai Ayam Klasik Gebu, Setiap Gigitan Mewah Dengan Isi Yang Wangi & Berkrim

Resepi pai ayam ini sangat sesuai untuk minum petang. Sangat sedap dimakan sewaktu masih panas-panas.

Cara membuatnya nampak macam susah, tapi sebenarnya senang saja. Bahan-bahannya juga mudah untuk didapati.

Pai ayam ini dilapisi dengan kerak pai pada bahagian atas dan bawah. Intinya pula sangat mewah dengan ketulan ayam dan beberapa bahan lain.

Setiap gigitan pasti akan terasa kerangupan kerak pai serta kemewahan inti yang wangi dan berkrim. Memang lazat!

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Siti Hazneza Abdul Hamin di bawah.

Baca juga: Cara Buat Puff Sardin Ala Stesen Minyak Shell, Guna Pastri Segera Je

RESEPI PAI AYAM KLASIK

Bahan-bahan kulit pai:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 4 senduk marjerin/mentega

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum dan garam, gaul rata. Kemudian, tambah 4 senduk marjerin/mentega.

2. Gaul sehingga jadi seperti serdak roti, tambah air sedikit demi sedikit. Apabila sudah berkeruping begini, berhenti tambah air dan tambah marjerin/mentega sehingga membentuk doh.

3. Doh yang sudah siap, ketepikan untuk direhatkan sebentar. Jika belum hendak buat pai, boleh simpan dalam peti sejuk, dalam bekas bertutup.

Bahan-bahan inti pai ayam:

  • 2 dada ayam
  • 1 biji bawang besar – bawang holland (kuning) lebih sedap
  • 2 batang saderi
  • 1 biji cili benggala hijau
  • 3 biji ubi kentang sederhana besar
  • 1 biji lobak merah

Cara-cara:

1. Ayam, ubi dan bawang didadu sederhana kecil. Nisbah ayam:ubi:bawang seelok-eloknya 1:1:½. Saya hanya guna dua biji ubi kerana nampak sudah cukup.

Batang saderi dihiris ikut bentuk semulajadinya.

Lobak merah dipotong-potongan rojak seperti baji dan cili Benggala dihiris serong-serong.

2. Panaskan marjerin dengan sedikit minyak. Tumis ayam, bawang, ubi dan lobak merah. Kacau rata.

3. Masukkan air 1-1½ cawan air separas bahan. Masak sehingga ubi dan lobak merah empuk.

4. Masukkan daun saderi.

5. Dalam bekas, satukan bahan-bahan ini:

  • 4 sudu makan susu tepung
  • 2 sudu makan tepung jagung/ tepung gandum
  • ½ sudu makan rosemary
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan serbuk stok ayam
  • 1 sudu teh garam

6. Bancuh dengan 1 cawan air.

7. Masukkan bancuhan susu ke dalam inti.

8. Tambah cili benggala hijau.

9. Kacau dan masak sekejap sehingga tepung berkilat. Inti yang wangi dan berkrim sudah siap.

10. Bahagikan doh pai kepada bahagian-bahagian kecil dan canai supaya mencapai ketebalan ⅛ inci.

11. Tekan doh yang sudah dicanai ke dalam acuan. Biarkan doh lebih sedikit daripada acuan.

12. Isi dengan inti separas mulut acuan.

13. Tutup dengan kepingan doh kedua yang sudah dicanai. Biarkan lebih sedikit daripada saiz acuan. Potong lebihan doh supaya kemas.

14. Kelim seperti karipap dengan memastikan kedua-dua kepingan doh dipegang bersama-sama.

15. Atau tekan dengan garfu.

16. Sapu pai dengan pelicau telur (egg wash).

17. Dengan pisau hujung tajam, buat lubang udara atas pai. Lubang dibuat SELEPAS sapu telur supaya tidak tertutup.

18. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F selama 45 minit atau sehingga kuning keemasan.

19. Salin ke dalam mangkuk cawan kertas dan siap dihidang. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Siti Hazneza Abdul Hamid

Baca juga: Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!

Nasiha

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

13 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

14 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

15 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

16 hours ago

Kulat Sisir Masak Lemak, Lauk Idaman Buat Yang Suka Makan Pedas!

Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…

16 hours ago

Telur Puyuh Masam Manis, Menu Simple Tapi Suami Minta Tiap Hari!

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…

16 hours ago