
Kalau anda sedang mencari resipi agar-agar yang mudah disediakan tetapi nampak cantik dihidangkan, resipi agar sirap laici ini memang patut dicuba. Gabungan rasa manis laici dalam tin dengan aroma sirap ros menghasilkan pencuci mulut yang bukan sahaja sedap, malah cukup menyegarkan ketika dimakan sejuk.
Agar-agar ini sesuai dihidangkan untuk pelbagai majlis seperti rumah terbuka, kenduri, hari lahir, potluck atau sekadar pencuci mulut selepas makan tengah hari. Tambahan buah laici di dalam setiap potongan membuatkan rasanya lebih istimewa dan tidak terlalu manis.
Jika suka, anda juga boleh menambah biji selasih yang telah dikembangkan untuk memberi tekstur yang lebih menarik. Biji selasih hanya sekadar pilihan, tetapi ia memang membuatkan agar-agar ini nampak lebih cantik dan menyelerakan.
Baca juga: Resipi Apam Coklat Kukus Yang Teramat Gebu, Guna Pula Acuan Macam INI Nampak Lebih Menarik
RESIPI AGAR AGAR SIRAP LAICI

Bahan-bahan:
- 20g serbuk agar-agar
- 1 tin laici dalam sirap
- 220g gula kasar
- 1000ml air
- Sedikit perisa sirap ros
- 1-2 sudu makan biji selasih (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
- Asingkan buah laici daripada air di dalam tin.
- Campurkan air dari tin laici dengan air putih sehingga jumlah keseluruhannya menjadi 1500ml.
- Panaskan campuran air tersebut. Apabila hampir mendidih, masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
- Masukkan gula dan teruskan mengacau sehingga larut sepenuhnya.
- Setelah mendidih, titiskan sedikit demi sedikit perisa sirap ros mengikut citarasa. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum ditutup api.
- Jika menggunakan biji selasih, rendam seketika sehingga kembang. Kemudian tapis dan bilas.
- Susunkan buah laici ke dalam bekas atau acuan pilihan.
- Tuangkan adunan agar-agar panas ke dalam bekas tersebut.
- Taburkan biji selasih yang telah dikembangkan jika suka.
- Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras. Hidangkan ketika sejuk.
Sumber resipi dan gambar: Hazila Baharudin
Baca juga: Resipi Pau Pandan Kelapa, Rupanya Ada Bahan Rahsia Buat Tekstur Lagi Lembut & Tahan Lama
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














