Kalau buntu nak masak apa dengan daging, boleh cuba resipi pad kra pao ini. Hidangan ala Thai ini cukup mudah disediakan tetapi rasanya memang membuka selera, terutama bila dimakan bersama nasi putih panas dan telur mata.

Pad kra pao biasanya terkenal dengan aroma daun selasih, rasa masin dan sedikit manis daripada campuran sos serta kepedasan cili padi. Untuk versi ini, daging dihiris nipis supaya cepat masak dan mudah menyerap rasa sos.

Rahsia nak dapat rasa yang lebih sedap ialah masak daging menggunakan api besar dan elakkan terlalu banyak air. Bila sos mula meresap dan daging sedikit caramelized, kemudian dicampur dengan cili serta daun selasih, memang wangi satu dapur!

Baca juga: Rahsia Kurma Daging Pekat & Likat Ala Kenduri Dulu-Dulu, Kuah Pecah Minyak Cantik!

RESIPI PAD KRA PAO DAGING

Bahan-bahan:

  • 500g daging (hiris nipis dan halus)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 5–8 biji cili padi hijau dan merah (potong kecil)
  • 1 genggam daun selasih thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging yang telah dihiris nipis. Masak menggunakan api besar sehingga daging berubah warna dan bahagian luarnya sedikit garing.
  3. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, sos ikan dan lada hitam. Gaul rata supaya semua bahan bersalut pada daging.
  4. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Jangan letak terlalu banyak kerana pad kra pao lebih sedap apabila sosnya pekat dan meresap pada daging.
  5. Teruskan memasak sehingga sos meresap dan daging kelihatan sedikit caramelized.
  6. Masukkan cili padi dan gaul sekejap.
  7. Akhir sekali, masukkan daun selasih thai. Gaul seketika sahaja supaya aromanya kekal harum.
  8. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih panas serta telur mata.

Sumber: Suhaila Fadzilah

Baca juga: Resipi Daging Kicap Pedas Ini ‘Confirm’ Buat Orang Berselera, Masak Sekuali Pun Belum Tentu Cukup

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending