resepi pad kra pao

Kalau anda sedang mencari resepi pad kra pao daging yang mudah tetapi rasanya padu, resipi yang dikongsi oleh Janna Nick ini memang wajib dicuba. Hanya menggunakan beberapa bahan asas dan teknik masakan campak-campak, hidangan ini siap dalam masa yang singkat.

Menurut Janna Nick, inilah antara lauk kegemaran suaminya sehingga boleh dimakan berkali-kali dalam sebulan. Bukan saja cepat disediakan, malah dapur pun tidak bersepah kerana semuanya dimasak dalam satu kuali sahaja. Memang sesuai untuk yang sibuk bekerja atau buntu nak masak apa setiap hari.

Keistimewaan pad kra pao terletak pada gabungan rasa masin, pedas, manis dan aroma daun basil Thai yang sangat menyelerakan. Kalau dihidangkan bersama nasi panas dan telur mata kerbau, memang susah nak berhenti menambah nasi!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Daun Kari Yang Wangi & Crispy, Guna 4 Bahan Saja Dah Sedap Menjilat Jari!

JANNA NICK KONGSI RESEPI PAD KRA PAO DAGING KEGEMARAN SUAMI

resepi pad kra pao

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging cincang
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 3 biji cili padi (dihiris halus)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos karamel
  • 3 sudu besar sos ikan (fish sauce)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar cili flakes
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • Daun basil Thai secukupnya
  • Sweet peppers secukupnya (dipotong)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang besar dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging bertukar warna serta masak sepenuhnya.
  3. Tambahkan sos cili, sos tiram, sos karamel, sos ikan, gula, garam, cili flakes dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.
  4. Masukkan sweet peppers dan kacau seketika sehingga sedikit layu tetapi masih rangup.
  5. Akhir sekali, masukkan daun basil Thai. Gaul selama beberapa saat sahaja sebelum ditutup api supaya aroma basil kekal harum.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas. Lebih sedap jika dinikmati dengan telur mata kerbau.

Suami: Thread @jannanick

Baca juga: Resipi Tauhu Sumbat Daging, Inti Padat Berjus & Memang Sedap Cicah Sambal Kicap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN