resepi nasi minyak sedap

Jika teringin makan hidangan kenduri yang harum satu rumah, resepi Nasi Minyak sedap ini patut dicuba. Tak perlu tunggu jemputan, sekarang anda boleh masak sendiri di rumah saja.

Ramai yang puji resepi Nasi Minyak sedap yang dikongsikan oleh Haziraida Md Isa di Facebook kerana ada wangi rempah dan rasa yang seimbang. Jom kita cuba!

Baca juga: Nasi Goreng Udang Kering Guna Pes Buatan Sendiri, Wanginya Sampai Jiran Toleh Dua Kali!

RESEPI NASI MINYAK SEDAP

resepi nasi minyak sedap

Bahan-bahan:

  • 1kg beras basmathi (jika nak masak pagi, malam sebelum tidur sudah rendam)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar planta
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji bawang merah besar (mayang halus)
  • 5 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 1cm halia (tumbuk halus)
  • 2 helai daun pandan
  • ½ cawan susu cair
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Saffron atau pewarna kuning
  • Buah kismis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak, planta dan minyak sapi kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai layu sedikit.

2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun pandan dan tumis lagi sekejap sampai naik bau.

3. Masukkan sos tomato dan tumis sekejap, kemudian masukkan susu cair, garam dan gula.

4. Masukkan beras dan kacau sekejap.

5. Masukkan air. Sebagai contoh, beras 8 cawan, air 8½ cawan. Kemudian, tanak sampai masak.

6. Apabila sudah masak, titiskan saffron atau pewarna kuning di atas nasi dan taburkan buah kismis. Tutup periuk dan biarkan dalam 5 hingga 10 minit.

7. Akhir sekali, bolehlah gembur-gemburkan nasi menggunakan sudip kayu atau plastik sebab tak nak bagi nasi patah.

Dengan resepi Nasi Minyak sedap ini, anda pasti akan puas hati dengan aroma rempah, kelembutan nasi, rasa berlemak dan warna kuning yang cukup menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Haziraida Md Isa

Baca juga: Nasi Minyak Kampung, Resipi Orang Lama Ini Ternyata Lebih Beraroma

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN