resepi nasi marjerin

Kalau tiada idea nak masak apa untuk makan tengah hari, apa kata jom cuba resepi nasi marjerin yang lengkap bersama ayam panggang, sambal cili, kuah kicap dan juga sup.

Walaupun nampak macam rumit, sebenarnya cara penyediaannya sangat mudah. Kalau dah bosan asyik masak nasi ayam, kali ini kita cuba kelainan pula. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Tak Letak Sebarang Sos Pun Tetap Sedap!

RESEPI NASI MARJERIN

resepi nasi marjerin

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras
  • 1 senduk besa marjerin
  • 2 biji bawang merah dimayang halus
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • 1 senduk kismis

Cara memasak:

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Cairkan marjerin dalam periuk nasi.
  3. Goreng bawang hingga terbit bau.
  4. Masukkan beras dan kacau rata.
  5. Masukkan air secukupnya.
  6. Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis.
  7. Kacau sehingga sebati.

RESIPI AYAM PANGGANG

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu madu
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu minyak bijan (pilihan)
  • Sedikit lada sulah

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk. Tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
  2. Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
  3. Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam. Namun jangan masuk banyak sangat.
  4. Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
  5. Terpulang sama ada nak menggoreng, grill dalam oven atau panggang atas arang.

RESIPI SAMBAL NASI AYAM

Bahan-bahan:

  • 6 biji lada merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu jus limau nipis
  • Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
  • 4 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Air rebusan ayam 3/4 cawan
  • 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara-caranya:

  1. Kisar semua bahan di atas.
  2. Masukkan air rebusan tadi.
  3. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
  4. Bila dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis. Siap!

RESIPI KUAH KICAP NASI AYAM

Bahan-bahan:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara-cara:

  1. Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
  2. Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung.
  3. Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap.
  4. Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.

RESIPI SUP AYAM (RESEPI NASI MARJERIN)

resepi nasi marjerin

Bahan-bahan sup:

  • Air rebusan ayam
  • Lada sulah
  • Daun sup
  • Garam secukup rasa

Cara buat sup:

  1. Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat.
  2. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
  3. Taburkan daun sup diatasnya.

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari

Baca juga: Resepi Nasi Minyak Sedap Tak Terkata, Satu Rumah Bau Macam Tengah Masak Kenduri!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN