nasi goreng zaman dulu

Kadang-kadang, nasi goreng zaman dulu ini lagi sedap dari sekarang yang penuh dengan sos dan perencah moden. Walaupun bahan dia ringkas, tapi rasa dia tetap umph!

Mak-mak dan nenek moyang kita dulu masak guna apa yang ada dekat dapur saja. Tak ada sos cili, tak ada sos tiram, tapi bau tumisan bawang putih dan cili kering pun dah cukup buat jiran sebelah terliur.

Kalau rindu rasa masakan klasik ala zaman dulu, jom cuba resipi ini. Confirm makan licin sampai habis satu kuali!

Baca juga: Nasi Goreng Butter Telur, Resipi Terlajak Sedap Tapi Cepat Dimasak!

RESEPI NASI GORENG ZAMAN DULU

nasi goreng zaman dulu

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Ikan tongkol (direbus dengan asam keping dan garam kasar)
  • Telur
  • Nasi putih (yang telah dimasak)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sayur

Cara memasak:

  1. Tumbuk kasar bawang putih dan cili kering. Jangan ditumbuk terlalu halus. Ketepikan.
  2. Rebus ikan tongkol bersama asam keping dan garam kasar. Setelah masak, asingkan isi ikan dan ketepikan.
  3. Goreng telur dan hancurkan. Ketepikan buat sementara waktu.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga bawang putih kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan nasi putih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul rata hingga semua bahan sebati.
  6. Masukkan isi ikan tongkol yang telah dibuang tulangnya.
  7. Tambahkan sayur pilihan. Gaul hingga sayur layu dan semua bahan bercampur rata.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Azira Mamat

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Cina Buat Ramai Ketagih, Cuba Sekali Mesti Nak Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN