resepi nasi goreng simple

Resepi nasi goreng simple dan paling sedap adalah nasi goreng pada zaman 70an. Memang sangat legend dan mengimbau kenangan zaman kecil dulu.

Kalau masak sekuali, pasti akan habis licin. Kesedapannya akan membuatkan sesiapa saja teringat-ingat sehingga sekarang.

Walaupun hanya guna bahan rencah yang ringkas, ia sudah cukup membuka selera. Tidak perlu tambah pelbagai jenis lauk lain.

Jom cuba resipi perkongsian oleh Puan Hani di bawah.

Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

RESEPI NASI GORENG SIMPLE (LEGEND TAHUN 70AN)

resepi nasi goreng simple

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Guna minyak goreng ikan sebab bau dia lagi membangkitkan rasa nasi legend
  • Bawang besar (hiris)
  • Bawang putih (hiris – kalau suka boleh letak, tak suka abaikan)
  • Cili padi/cili kering – kalau suka pedas boleh tambah
  • Ikan bilis (kopekkan)
  • Nasi

Cara memasak:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan ikan bilis.

2. Tumis semua sampai bawang sehingga semua layu, bertukar warna dan agak garing.

3. Perisakan dengan garam secukupnya dan gaul sehingga rata.

4. Kemudian, masukkan nasi dan sambung gaul lagi sehingga rencah sebati dengan nasi.

5. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!

resepi nasi goreng simple

Tip nasi goreng lebih sedap:

  • Guna lebihan nasi yang disimpan dalam peti sejuk
  • Goreng nasi menggunakan api yang besar
  • Nasi perlu digoreng sehingga nampak berasap
  • Goreng nasi sehingga garing

Kredit resipi dan gambar: Facebook Zariah Sham, Hani

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Sedap Guna 3 Bahan, Anak-Anak Makan Berselera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN