Mak-mak yang terfikir nak buat nasi goreng hari ini, sudahkah anda tahu resepi Nasi Goreng Kampung yang sedap dan menyelerakan buat seisi keluarga?
Selain menggunakan bahan tumis, Nasi Goreng Kampung juga ada sayur dan ikan bilis dalam resepinya. Sayur yang biasa digunakan pula ialah sayur kangkung.
Nasi Goreng Kampung sangat terkenal dengan kepedasannya kerana penggunaan cili api atau cili padi dalam masakan.
Nak resepi Nasi Goreng Kampung sedap dan tak nampak pucat, anda boleh ikut langkah demi langkah yang diajar oleh Wan LuQman di Facebook ini.
Baca juga: Nasi Goreng Kampung Macam Resipi Mak, Sekali Rasa Mesti Nak Lagi
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mula2 tumis bawang putih dan cili padi, kemudian masukkan rencah pilihan anda.
2. Bila rencah dah masak, masukkan nasi putih. Dalam kes ni, portion cukup untuk 3 orang makan.
3. Kemudian masukkan 3 sudu sos tiram, 3 sudu kicap cair, nampla, sedikit garam gula aji dan lada sulah. Kalau goreng untuk sorang makan, buat sesudu saja.
4. Gaul bagi rata dan masukkan 3 sudu besar sambal belacan. Bahan ini paling penting sebab ia akan mempengaruhi rasa nasi goreng kampung.
5. Masukkan sayur kangkung, kemudian masukkan ikan bilis yang sudah digoreng. Hiaskan bersama daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dihidang!
Bukan setakat caranya mudah, malah resepi Nasi Goreng Kampung ini akan jadikan hidangan anda terangkat selera.
Jika anda lebih suka Nasi Goreng Kampung yang kurang pedas, anda hanya perlu kurangkan penggunaan cili saja dalam masakan.
Senang cerita, semua orang boleh makan Nasi Goreng Kampung yang sedap ini. Bukan saja suami, malah anak-anak pun akan sukakannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan LuQman
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Mamak, Rasa Sebijik Sama Macam Dekat Kedai!
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…