Jika anda berasal dari negeri di utara Semenanjung Malaysia, mesti teruja apabila dapat tahu adanya resepi Nasi Daging simple yang sangat sedap.
Walaupun sering dihidangkan ketika majlis kenduri atau perayaan, namun tak salah jika nak buat pada hari biasa dengan menggunakan resepi Nasi Daging simple sebagai hidangan lazat di rumah.
Resepi Nasi Daging simple ini cukup mudah dibuat kerana anda boleh gunakan periuk nasi seperti yang dikongsikan oleh Syahindah Reoslan di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Hainan, Ada Tips Menarik Supaya Sedap Beraroma!
RESEPI NASI DAGING SIMPLE
Bahan-bahan:
- Daging
- Rempah kurma
- Halia (hiris)
- 4½ cawan beras
- Minyak sapi
- Minyak masak
- Bawang kecil (hiris)
- 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
- Buah keras
- Serai
- Daun pandan
- 2 sudu besar tomato puree
- 1 cawan susu cair
- Sedikit garam atau secukup rasa
- Bawang goreng
- Daun ketumbar
Cara-cara memasak:
1. Jika anda menggunakan beras basmathi, anda perlu basuh dan rendam lebih kurang 30 minit terlebih dahulu supaya nasi jadi lembut nanti.
2. Sementara itu, rebus daging bersama rempah kurma dan hirisan halia. Setelah daging empuk, tutup api dan asingkan ke tepi.
3. Seterusnya, panaskan minyak sapi yang dicampur dengan minyak masak.
4. Selepas itu, tumis hirisan bawang kecil, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan buah keras.
5. Kemudian, masukkan serai dan daun pandan. Setelah naik bau, boleh masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi beras tadi.
6. Setelah itu, masukkan air rebusan bersama daging yang diketepikan tadi dan kacau rata.
7. Masukkan juga 2 sudu besar tomato puree, 1 cawan susu cair dan sedikit garam atau secukup rasa.
8. Akhir sekali, biarkan sehingga ia masak dalam periuk nasi. Setelah siap, bole tabur bawang goreng dan daun ketumbar. Siap untuk dinikmati!
Resepi Nasi Daging simple ini boleh digandingkan dengan lauk seperti daging, ayam atau kambing bakar dan dijamin rasanya lebih mantap.
Selamat mencuba!
Sumber: Syahindah Reoslan
Baca juga: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!