Categories: Resipi

Resepi Mudah Puding Karamel Pandan Guna 4 Bahan Je, Lembut Berlemak & Nikmat Rasanya!

Kalau anda tengah cari pencuci mulut yang simple tapi hasilnya nampak premium, wajib cuba resepi mudah puding karamel pandan yang sedang viral ni. Dengan hanya beberapa bahan asas, anda dah boleh hasilkan puding yang lembut, berlemak dan penuh aroma pandan yang wangi semerbak satu rumah.

Menariknya, resepi mudah puding karamel ini tak perlukan teknik rumit pun. Sesuai sangat untuk beginner atau sesiapa yang baru nak belajar buat dessert di rumah. Teksturnya pula halus, licin dan cair dalam mulut, memang sekali makan terus rasa nak tambah lagi.

Perkongsian daripada Marbitter ini juga mendapat perhatian ramai sebab hasil pudingnya nampak cantik macam dessert hotel. Bila makan sejuk-sejuk memang terasa lebih sedap dan menyegarkan.

Baca juga: Resepi Puding Jagung Santan Guna Sukatan Tin Sahaja, Hasil Lembut Berkilat & Tak Berketul

RESEPI MUDAH PUDING KARAMEL PANDAN 4 BAHAN

Bahan-bahan Karamel:

  • ¼ cawan gula perang
  • 2 sudu air

Bahan-bahan Puding:

Cara-Cara Penyediaan:

1. Masak Karamel

Masukkan gula perang dan air ke dalam periuk. Masak sehingga gula cair dan bertukar warna perang keemasan. Selepas itu, terus tuang caramel ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika.

2. Kisar Daun Pandan

Potong kecil daun pandan supaya mudah dikisar. Masukkan ke dalam blender bersama susu cair, kemudian kisar sehingga halus dan sebati.

3. Panaskan Adunan

Tuang adunan pandan tadi ke dalam periuk. Masukkan gula dan panaskan sekejap sambil dikacau perlahan. Pastikan adunan hanya suam dan jangan sampai mendidih supaya tekstur puding kekal lembut.

4. Campurkan Telur

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau perlahan tanpa berbuih. Tuang adunan susu pandan sedikit demi sedikit sambil terus mengacau supaya telur tidak berketul.

5. Kukus Hingga Masak

Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang caramel untuk hasil puding lebih halus dan licin. Balut loyang menggunakan aluminium foil atau plastik wrap supaya permukaan puding cantik.

Kukus selama kira-kira 1 jam atau sehingga puding masak sepenuhnya.

Tips Buat Puding Karamel Lagi Lembut Dan Sedap

  • Tapis adunan sebelum kukus untuk tekstur yang lebih halus.
  • Gunakan api sederhana kecil supaya puding tidak berlubang.
  • Simpan dalam peti ais sebelum makan, memang lagi sedap dan terasa lebih creamy.
  • Jangan masak caramel terlalu lama supaya rasa tidak pahit.

Resepi mudah puding karamel pandan ini memang sesuai dijadikan pencuci mulut selepas makan, hidangan minum petang atau menu manisan masa rumah terbuka. Gabungan rasa lemak manis dengan aroma pandan yang wangi memang buat ramai tak boleh berhenti makan.

Sekali cuba memang terus jatuh cinta sebab teksturnya sangat lembut dan rasanya pula tak muak langsung. Memang berbaloi cuba buat sendiri di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Marbitter

Baca juga: Puding Karamel Sedap Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus, Cantik Berkilat Kejadiannya

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago