puding karamel sedap

Dari dulu sampai sekarang, Puding Karamel tetap menjadi manisan yang disukai ramai. Biasanya ia dibuat menggunakan telur, tapi kami jumpa resipi Puding Karamel sedap tanpa telur yang hasilnya cantik berkilat.

Puding Karamel mempunyai tekstur yang lembut, ditambah dengan rasa karamel yang manis berlemak. Jadi, ia memang sempurna sebagai pencuci mulut yang sedap.

Resipi Puding Karamel sedap yang dikongsikan oleh Ogy Ahmad di Facebook memang sesuai untuk mereka yang sibuk atau baru belajar masak. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Kastard Jagung Mudah Dengan 5 Bahan, Hasil Lembut Gebu!

RESIPI PUDING KARAMEL SEDAP

puding karamel sedap

Bahan-bahan puding:

  • 1 tin susu cair
  • 1 paket serbuk agar-agar (10g)
  • 3½ cawan air
  • ½ cawan susu pekat
  • ½ cawan gula (boleh kurangkan ikut tahap manis yang disukai)
  • 3 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam

Cara-cara membuat puding:

  1. Mula-mula, satukan semua bahan dalam periuk.
  2. Kemudian, masak atas api sederhana sambil kacau sampai mendidih dan sebati.
  3. Seterusnya, tuangkan ke dalam acuan yang sudah berisi karamel.
  4. Akhir sekali, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

puding karamel sedap

Bahan-bahan karamel:

  • ½ cawan gula
  • ¼ cawan air

Cara-cara membuat karamel:

  1. Mula-mula, cairkan gula dalam kuali atau periuk sampai bertukar perang.
  2. Kemudian, masukkan air perlahan-lahan dan kacau sebati.
  3. Selepas itu, tuang segera ke dalam acuan sebelum keras.

*Tips: jangan terlalu cairkan gula hangus, barulah puding nampak lebih cantik dan berkilat.  

Selamat mencuba!

Sumber: Ogy Ahmad

Baca juga: Puding Susu Gula Melaka, Sejuk, Lembut & Manis Berlemak Yang Luar Biasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN