mee goreng bungkus

Kalau anda membesar pada era 90-an, pasti masih teringat mee goreng bungkus yang selalu dijual di kantin sekolah atau gerai tepi jalan.

Mi ini selalunya dibungkus dengan plastik dan dibalut surat khabar lama. Nampak macam biasa, warnanya pun pucat. Tapi rasa dia memang padu dan melekat dalam ingatan sampai ke hari ini!

Apa yang best, resipi ini mudah sangat nak buat. Bahan-bahan pun ringkas dan senang nak dapat di dapur. Siapa yang rindu nak makan, jom cuba masak menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Lelaki Kongsi Resipi Spageti Meatball Untuk Anak, Senang & Cepat Disediakan!

RESEPI MEE GORENG BUNGKUS

mee goreng bungkus

Bahan-bahan A:

  • Sedikit minyak bawang putih
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 biji bawang merah saiz syiling 50 sen ditumbuk
  • 1 sudu kecil cili kisar/cili boh

Bahan-bahan B:

  • Dua renjis serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu kecil cuka makan
  • 1 sudu kecil kicap ikan
  • 3 sudu besar kicap
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar bawang putih goreng
  • 1 cubit kecil garam

Bahan-bahan C:

  • Isi ayam
  • Sotong
  • Fishcake
  • Fishball
  • Mi kuning 400 gram
  • Sawi
  • Tauge
  • Cili besar merah
  • Tomato
  • Cili padi Thai merah & hijau

Cara memasak:

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak bawang putih (boleh juga gunakan minyak masak biasa jika tiada).
  2. Tumis bawang putih terlebih dahulu hingga sedikit kekuningan, kemudian masukkan bawang merah. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan 1 sudu kecil cili boh atau cili kering kisar. Kacau rata.
  4. Seterusnya, masukkan bahan-bahan B iaitu serbuk lada sulah, cuka, kicap ikan, kicap, sos cili, sos tiram, minyak bijan, gula, bawang putih goreng, dan sedikit garam. Kacau rata. Kuantiti boleh diubah ikut cita rasa.
  5. Tambahkan lauk pilihan seperti isi ayam, sotong, fishcake, dan fishball. Jika mahu lebih sedap, boleh juga tambah daging atau udang.
  6. Gaul semua bahan hingga sebati dan masak selama lebih kurang 3 minit.
  7. Setelah itu, tuangkan 200ml air dan biarkan lauk masak seketika.
  8. Masukkan mi kuning yang telah dilerai dan dibilas di bawah air untuk menghilangkan rasa pahit kapur.
  9. Gaul mi hingga sebati. Untuk hasil mi yang cantik, elakkan menggunakan sudip untuk ‘menikam’ atau memotong mi.
  10. Tutup kuali dengan penutup dan biarkan mi lembut selama 6-8 minit menggunakan api paling kecil. Balikkan mi sesekali agar tidak hangus.
  11. Setelah mi lembut, masukkan sawi dan cili besar merah. Kacau selama satu minit menggunakan api sederhana besar.
  12. Masukkan sawi dan cili terlebih dahulu. Balik-balikkan seminit. Gunakan api sederhana besar masa akhir masakan ini.
  13. Akhir sekali, masukkan taugeh dan tomato, kemudian terus tutup api. Jangan masak terlalu lama agar sayur tidak layu dan hilang rasa rangup.
  14. Untuk cara pembungkusan stail lama dulu, sepatutnya hanya guna pelapik plastik alas surat khabar saja. Tak payah guna kertas coklat itu.
  15. Letakkan potongan limau. Lagi lejen guna limau nipis. Tambahan untuk mewangikan bau mi goreng, tambah sedikit bawang putih goreng.
  16. Bungkus begini seketika. Lebih kurang 10 minit.
  17. Selepas bungkusan dibuka. Setiap suapan yang pasti takkan mengecewakan.

Sumber: Afy Al Habibi

Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN