Categories: Halal Travel

10 Street Food Halal Paling Sedap & Murah Di Asia Yang Wajib Cuba Bila Travel!

Mencari street food yang halal ketika melancong memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi di negara yang penduduk Muslimnya sedikit.

Street food halal yang sedap dan murah bukan sekadar untuk mengisi perut, tetapi ia cara kita menghargai budaya tempatan, menjaga keperluan agama dan mencipta kenangan bermakna sepanjang perjalanan.

Ini 10 pilihan street food halal dari serata Asia yang bukan saja menyelerakan, malah unik dan sukar ditemui di tempat lain.

Ada yang rangup, ada yang manis, ada juga yang penuh rempah, semuanya wajib dicuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jom tengok senarai penuh dan masukkan dalam bucket list travel anda!

Baca Juga: 5 Resipi Bekal untuk Travel Bajet!

Baca Juga: Ini Antara Senarai Fast Food Halal di Luar Negara Yang Anda Wajib Tahu Ketika Travel

1. Khao Mok Gai (Nasi Briyani Thai) – Bangkok, Thailand

Kredit gambar: Eating Thai Food

Nasi berempah ala Thai ini berasal dari komuniti Muslim di Selatan Thailand tetapi kini popular di Bangkok.

Ia menggabungkan nasi briyani berempah ringan dengan ayam berperap yang lembut serta sos yogurt istimewa.

Rempahnya lebih ringan berbanding briyani India, namun kekal kaya rasa dan wangi sesuai untuk yang tidak gemar makanan terlalu berat.

💸 Harga: RM8 – RM12 sepinggan

📍 Lokasi: Yusup Pochana, Ramkhamhaeng Soi 5, Bangkok

2. Hoy Tod Halal (Telur Tiram) – Bangkok, Thailand

Kredit gambar: Mark Wiens via Eating Thai Food

Jarang kita jumpa telur tiram versi halal, tapi di gerai Muslim ni, anda boleh nikmatinya dengan penuh yakin. Kulit luar rangup, dalam lembut ditambah rasa umami dari tiram segar.

Halalnya datang dari vendor Muslim tempatan yang jaga kebersihan dan bahan yang digunakan.

💸 Harga: RM6 – RM10

📍 Lokasi: Talad Neon Night Market, gerai Muslim

3. Khanom Buang (Crepe Thai) – Bangkok, Thailand

Kredit gambar: Travelvui

Crepe nipis rangup, diisi topping manis (meringue, kelapa) atau savoury (udang kering, daun ketumbar). Tekstur dan rasa manis-savoury ni sangat rare dan wajib dicuba, apatah lagi jika halal.

💸 Harga: RM2 – RM4 sebiji

📍 Lokasi: Chatuchak Market, Bangkok

4. Japanese Curry Halal – Singapura

Kari Jepun terkenal dengan rasa creamy, mild dan biasanya sukar dicari versi halal. Di Monster Planet Singapura, anda boleh makan kari Jepun dengan ayam, udang atau daging portion besar dengan pelbagai pilihan lauk yang halal, tanpa was-was.

💸 Harga: RM30 – RM50 (SGD 9 – 15)

📍 Lokasi: Monster Planet, Bugis+, Singapore

5. Mala Xiang Guo (Dry Hotpot) – Singapura

Kredit gambar: Her World

Berasal dari Sichuan, hotpot pedas mala ini dibuat versi halal dan tak banyak tempat ada menyediakannya. Anda pilih sendiri bahan: sayur, mi, seafood lalu dimasak dengan rempah mala pekat beraroma.

💸 Harga: RM20 – RM35 (ikut berat bahan)

📍 Lokasi: Tongue Tip Mala Hotpot Halal, Northpoint City

6. Street Food Muslim Xi’an – Xi’an, China

Kredit gambar: China Highlights

Komuniti Muslim Hui di Xi’an yang wujud sejak ribuan tahun dahulu terkenal dengan pelbagai street food halal seperti roti panggang, skewer kambing, mi tarik (lamian) dan sup daging.

Setiap hidangan masih dihasilkan sehingga hari ini, menjadikannya unik kerana kaya dengan sejarah dan tradisi Islam China.

💸 Harga: RM4 – RM12

📍 Lokasi: Muslim Quarter, Xi’an

7. Kung Woo Beancurd (Tau Foo Fa) – Hong Kong

Kredit gambar: Time Out

Beancurd yang dibuat secara homemade sejak 1960-an ini yang sangat lembut, berkrim dan halal, tanpa bahan meragukan seperti gelatin. Tau foo fa old-school versi halal ini mempunyai rasa yang ‘pure’, enak disajikan sejuk atau panas dengan gula perang Hong Kong.

💸 Harga: RM5 – RM8

📍 Lokasi: Sham Shui Po, Hong Kong

8. Wardah Yemeni Cuisine – Jeju, Korea Selatan

Kredit gambar: HappyCow

Satu-satunya restoran halal yang dimiliki pelarian Yemen ini menghidangkan nasi Arab seperti Mandy, roti Yemen & ayam panggang sangat asli rasanya.

💸 Harga: RM20 – RM35

📍 Lokasi: Jeju City, berdekatan airport

9. Sapa Halal (Indian-Middle Eastern) – Sapa, Vietnam

Kredit gambar: Sapa Nomad

Di kawasan pelancongan gunung, sangat jarang jumpa restoran halal. Di Sapa, satu-satunya restoran halal di kawasan pergunungan Vietnam ini bukan saja menyediakan makanan halal, tapi diusahakan oleh migran Muslim yang menghidangkan masakan India asli, sesuai untuk Muslim travellers.

💸 Harga: RM15 – RM30

📍 Lokasi: Sapa Town, Vietnam

10. Turkish Ice Cream & Koshari – Singapura

Kredit gambar: Tea For Tammi

Di Kampung Glam, anda boleh menemukan ais krim Turki yang bukan saja sedap, tapi interaktif (si penjual suka ‘prank’ pembeli). Selain itu, terdapat Koshari yang menggabungkan nasi, lentil & makaroni dari Mesir. Ia jarang dijumpai dan sesuai untuk vegetarian juga.

💸 Harga: RM10 – RM20

📍 Lokasi: Kampong Gelam, Singapore

Jadi kalau anda jenis yang suka mencari street food halal bila travel, simpan senarai ni dulu! Mana tahu, next trip boleh rasa semuanya. Yang penting, halal, sedap dan berbaloi!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Shaifullah

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

2 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

2 days ago