Kalau dah biasa makan mee hailam letak ayam, udang atau daging, korang boleh variasikan lauk mee hailam korang dengan meletakkan urat keting. Rasanya memang sedap, satu mangkuk pun tak pasti cukup. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cek Yah di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kalau dah biasa makan mee hailam letak ayam, udang atau daging, korang boleh variasikan lauk mee hailam korang dengan meletakkan urat keting. Rasanya memang sedap, satu mangkuk pun tak pasti cukup. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cek Yah di Facebook.
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih
1 cawan air rebusan daging
Air secukupnya
3 sdb sos tiram
2 sdb kicap
1/2 batang lobak merah
Sayur sawi
4-5 tangkai cili padi
2 sdk serbuk lada hitam
2 sdb tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Kredit: Cek Yah
Tumis 3 ulas bawang putih, dah garing dan naik bau masukkan stok rebusan daging 1 cawan.
Campurkan air kosong dalam 2-3 cawan, kalau suka boleh masukkan semua air rebusan daging.
Masukkan sos tiram, kicap dan daging ke dalam kuah.
Apabila kuah dah mendidih masukkan sayur keras dahulu, masukkan lobak merah, batang sawi dan cili padi 4-5 tangkai.
Masukkan lada hitam. Apabila kuah sudah mendidih baru masukkan mee satu bungkus.
Perasakan dengan garam dan gula, masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Apabila mee hampir masak, masukkan urat keting yang sudah dimasak.
Masukkan sayur sawi, kacau sedikit dan tutup api.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…
Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…
Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…