Categories: Resipi

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang mudah dan pasti sedap ini! Bukan itu saja, ia juga mudah disediakan.

Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah-langkah yang ringkas, anda pasti dapat menyediakan hidangan yang menyelerakan ini di rumah.

Bayangkan lapisan kepingan lasagna yang lembut, sos bolognese yang penuh rasa dan keju yang meleleh, pasti memuaskan selera anda dan keluarga. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Spaghetti Carbonara Versi Express, Campak-Campak Dah Siap!

RESEPI LASAGNA DAGING

Bahan sos bolognese:

  • Kepingan lasagna (rebus dengan sedikit minyak dan garam)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 500g daging/ayam cincang
  • 1 kiub ayam
  • 1 botol sos tomato pasta
  • Lada hitam (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • 1 sudu kecil herba Itali
  • Serbuk cili (jika mahu pedas)
  • Sedikit air rebusan pasta
  • 3 keping keju cheddar slice

Bahan sos putih:

  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 kotak susu kecil (jenis susu segar)
  • Lada hitam (secukup rasa)
  • Lada sulah (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

Cara buat sos bolognese:

  1. Rebus kepingan lasagna dalam air mendidih yang dicampur sedikit minyak dan garam sehingga lembut. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga layu.
  3. Tambahkan daging cincang dan masak hingga separuh masak.
  4. Hancurkan kiub ayam dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan satu botol sos tomato pasta ke dalam kuali, kacau rata.
  6. Tambahkan lada hitam, garam, herba Itali dan serbuk cili jika suka pedas. Kacau rata.
  7. Masukkan sedikit air rebusan pasta dan biarkan masak hingga agak kering.
  8. Masukkan 3 keping keju cheddar slice, kacau hingga keju cair dan sos menjadi pekat. Sos bolognese siap.

Cara buat sos putih:

  1. Panaskan kuali, masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati dan sedikit keperangan.
  2. Masukkan 2 kotak susu kecil ke dalam kuali, kacau menggunakan whisk sehingga campuran menjadi pekat.
  3. Tambahkan lada hitam, lada sulah dan garam. Kacau hingga semuanya sebati. Jika mahu sos lebih cair, boleh tambah susu.

Cara lapisan lasagna:

  1. Lapisan Pertama: Letakkan lapisan sos putih di dasar loyang pembakar.
  2. Lapisan Kedua: Susun kepingan lasagna yang telah direbus di atas sos putih.
  3. Lapisan Ketiga: Tambahkan sos bolognese di atas kepingan lasagna.
  4. Taburkan keju pilihan anda di atas sos bolognese.
  5. Ulangi langkah-langkah ini (sos putih, lasagna, sos bolognese, keju) hingga siap.
  6. Panaskan oven pada suhu 200°C. Bakar lasagna selama 25 minit menggunakan api atas bawah.
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago