Categories: Resipi

Resepi Mee Hailam Simple, Letak Bahan ‘Ini’ Terus Kuah Jadi Pekat Banjir!

Setiap hari makan nasi saja, sekali-sekala kenalah cuba resepi Mee Hailam simple. Jika dapat hirup kuahnya panas-panas, memang sungguh nikmat.

Mee Hailam ialah hidangan mi telur yang digoreng dengan daging atau makanan laut dan sayur-sayuran yang banyak, bermandikan kuah dengan kicap pekat dan limau kasturi.

Kebetulan hari ini nak sediakan hidangan selain nasi, jadi memang tepat waktunya untuk buat resepi Mee Hailam simple yang dikongsikan oleh Aida A Ibrahim di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Mee Jawa Dengan Kuah Paling Sempoi, Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

RESEPI MEE HAILAM SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee
  • 3″x3″ daging (hiris halus)
  • ½ labu bawang putih (tumbuk)
  • 2 sudu cili boh (jika cili kering jenis pedas, letak sikit saja)
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • 3 biji telur
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
  • Sayur (sawi, tomato, lobak merah)
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus daging sekejap sehingga air rebusan tinggal separuh.

2. Dalam kuali lain, masukkan minyak, tumis bawang putih. Setelah naik bau, masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak.

3. Selepas itu, masukkan daging dan gaul sebati. Kemudian, masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan lobak merah. Gaul rata.

4. Seterusnya, masukkan air dan tunggu sehingga menggelegak. Kemudian, baru pecahkan telur (jangan kacau sangat, nanti telur hancur dan kuah jadi tak cantik).

5. Apabila telur sudah masak, masukkan mee, sayur sawi dan tomato. Gaul rata.

6. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang disukai. Sementara itu, bolehlah rasa. Jika tak cukup masin, tambahkan garam. Siap untuk dihidang!

Walaupun resepi Mee Hailam simple ini nampak mudah, namun anda takkan menyesal setelah menghirup kuahnya yang sungguh lazat tak terhingga.

Mee Hailam sangat sedap dimakan sementara masih panas. Lebih-lebih lagi ketika waktu hujan, semestinya tekak teringin hidangan berkuah yang sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Aida A Ibrahim

Baca juga: Resipi Mee Sanggul Tumis Ayam Simple, Kuah Sedap Dan Menyerap Elok!

Aimi

Recent Posts

Cara Masak Nasi Lemak Instant, Resipi Cepat Siap & Sesuai Masak Waktu Sahur

Cara membuat nasi lemak ini amat mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk mereka yang sibuk…

4 hours ago

Cara Senang Buat Kuih Badak Berendam, Lembut & Lemak Manis!

Kuih Badak Berendam ini sangat terkenal di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu. Malah,…

4 hours ago

Resipi Ikan Cencaru Bakar Cicah Dengan Air Asam, Memang Sedap Menyengat!

Hari ini, MyResipi ingin berkongsi resepi ikan cencaru bakar dengan air asam yang pasti sedap…

6 hours ago

Rahsia Cucur Udang Gebu Tanpa Bahan Penaik, Gaul Tepung Dalam Ais Sebelum Goreng!

Bagi menghasilkan cucur yang gebu, ramai yang gunakan bahan seperti yis atau serbuk penaik. Tapi…

7 hours ago

Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum

Sering nampak peniaga jual air jagung yang sedap di bazar Ramadan, sampai teringin buat sendiri.…

7 hours ago

Resipi Tauge Goreng Sedap & Mengenyangkan, Cara Buat Pun Sangat Mudah!

Resepi taugeh goreng adalah hidangan yang sangat mudah disediakan, tetapi tetap sedap dan menyihatkan. Menu…

8 hours ago