Categories: Resipi

Kuih Cara Berlauk Guna Inti Kentang, Lembut Dan Manisnya Cukup Rasa!

Dalam banyak-banyak kuih klasik, terdapat satu kuih yang tak pernah lapuk dek zaman iaitu Kuih Cara Berlauk dan sampai sekarang masih ada yang membuatnya.

Perkara menarik tentang Kuih Cara Berlauk yang disukai ramai adalah intinya yang meriah dan boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing.

Bagaimana membuat Kuih Cara Berlauk yang hasilnya sempurna? Anda hanya perlu mengikut resipi yang dikongsikan oleh Arm Ika di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuih Cara Manis Versi Jagung, Lembut Dan Lemak Manis Tetap Rasa Klasik

RESIPI KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan adunan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan (sederhana pekat)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna kuning

Bahan-bahan inti:

  • Minyak (untuk menumis)
  • Bawang merah dan putih (tumis)
  • Serbuk kari secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Ayam atau daging (dicincang)
  • Air sedikit
  • Daun sup dan cili merah (untuk hiasan)

Cara menyediakan adunan:

– Campur semua bahan adunan sehingga sebati dan tepung tak berketul. Siap untuk digunakan!

Cara menyediakan inti:

1. Tumis bawang, masukkan serbuk kari dan air. Masak sehingga pecah minyak, masukkan ayam, daging atau kentang.

2. Tuang sedikit air untuk ayam atau daging masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan bawang besar dan perasakan.

3. Masak sehingga air kering. Siap untuk digunakan!

Cara-cara membuat kuih cara:

1. Panaskan acuan atas dapur dengan api perlahan. Sapukan minyak pada acuan.

2. Tuangkan adunan tepung tadi, jangan penuh sangat sebab nanti nak letak inti.

3. Apabila sudah nampak tepi-tepi bertukar warna ke kuning terang sedikit daripada warna adunan tepung, bolehlah letak inti di tengah-tengah.

4. Selepas letak inti, hiaskan dengan daun sup dan cili merah.

5. Selepas itu, tutup dengan penutup atau tudung periuk.

6. Lebih kurang dalam 3 hingga 4minit, jika kuih sudah masak boleh angkat acuan dan keluarkan kuih.

7. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan. Siap untuk dinikmati!

*Saya cungkil sikit dengan lidi dan angkat satu-satu, letak dalam bekas.
*Saya tak terbalikkan acuan sebab nanti kuih cara jadi tak cantik, inti terkeluar

Selamat mencuba!

Sumber: Arm Ika

Baca juga: Resepi Kuih Ropa Berinti Sedap, Guna Sukatan Ini Pasti Rangupnya Menjadi!

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

15 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

16 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

17 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

18 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

21 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

21 hours ago