kuey teow goreng basah

Kalau tak tahu nak masak apa untuk makan malam, jom cuba resipi kuey teow goreng basah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Cik Diey ini.

Selain sesuai untuk makan malam, kuetiau goreng juga sering dinikmati sebagai hidangan sarapan pagi. Makan pula dengan cili kicap pedas, memang bertambah-tambah sedap dan berselera!

Baca juga: Resipi Spageti Kari, Rupanya Ada Rahsia Buat Kuah Lagi Sedap & Lambat Basi!

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

kuey teow goreng basah

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk/diketuk)
  • 4 biji cili melaka (ditumbuk/diketuk) – nak pedas, boleh tambah
  • Kuetiau (anggaran 1 genggam, ikut selera)
  • Kucai dan tauge (ikut sayur yang disukai)
  • Udang/sotong/ayam (pilih ikut selera)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1½ sudu besar cili boh*
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Sedikit air
  • Garam dan serbuk perasa (ajinomoto) secukup rasa

Nota: Cili boh yang digunakan adalah versi yang telah digoreng siap-siap. Kalau belum goreng, tumis dahulu sebelum dimasukkan.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih dan cili melaka hingga naik bau.
  3. Masukkan udang, ayam atau sotong (pilih mana satu yang digunakan). Masak hingga hampir masak.
  4. Masukkan kuetiau, diikuti cili boh.
  5. Tambahkan sos cili, sos ikan, kicap pekat dan sedikit air. Gaul rata.
  6. Perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa.
  7. Masukkan sayur dan gaul sekejap.
  8. Pecahkan telur, gaul rata dengan cepat dan terus tutup api.
  9. Siap untuk dihidang panas-panas!

Sumber: Cik Diey

Baca juga: Rahsia Goreng Bihun Agar Lembut Elok & Tak Hancur, Guna Jenama Apa Pun Tak Kisah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN