
Ramai yang menyangka jenama bihun jadi punca utama bila bihun goreng tidak menjadi. Tapi sebenarnya, cara buat bihun goreng yang kurang tepat lebih mempengaruhi hasil akhirnya.
Bila teknik memasak bihun sudah betul, jenama apa pun boleh digunakan dan hasilnya tetap memuaskan. Berikut beberapa langkah penting untuk elakkan bihun jadi lembik, kering atau keras semasa dimasak.
Baca juga: Petua Kurangkan Pedas Cili Kering Yang ‘Menyinga’, Barulah Tak Rasa Terbakar!
CARA BUAT BIHUN GORENG, PETUA TIDAK PUTUS & LEMBIK

1. Rendam Bihun Dengan Air Biasa
Elakkan merendam bihun dengan air panas atau merebusnya. Ini antara penyebab utama bihun menjadi terlalu lembik dan mudah hancur. Cukup sekadar rendam dalam air suhu bilik.
2. Rendam Selama 10-15 Minit
Tempoh rendaman yang disyorkan adalah antara 10 hingga 15 minit, bergantung pada jenis bihun. Bila bihun sudah lembut, teruskan dengan menapis dan toskan air sepenuhnya sebelum digunakan.
3. Masak Dengan Tambahan Air Yang Terkawal
Tumis bahan seperti biasa sehingga garing. Kemudian, masukkan sedikit air ke dalam kuali sebelum memasukkan bihun. Kacau rata supaya bahan tumis menyerap sempurna ke dalam bihun.
4. Tambah Air Sedikit Demi Sedikit Jika Perlu
Jika bihun masih terasa keras, tambah air sedikit demi sedikit semasa menggoreng. Jangan tuang terlalu banyak dalam satu masa untuk elakkan bihun menjadi lembik.
Sumber: Shafika Sharifin
Baca juga: Cara Bersihkan Segala Lumpur Dalam Perut Kerang, Hanya Guna ‘2 Bahan’ Dapur Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














