Mungkin ramai yang sedang tercari-cari idea untuk potluck, jamuan atau rumah terbuka sempena Aidilfitri. Pastinya kita akan memilih menu dan resipi yang ringkas, sedap dan disukai ramai seperti resepi mee goreng.
Resipi yang telah dikongsi oleh Nur Ismail ini boleh dijadikan panduan buat anda semua. Kuantiti bahan resipi ini adalah untuk 60 orang, boleh kurangkan kuantitinya jika jumlah jemputan sedikit.
Baca juga: Resipi Mi & Bihun Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya, Ringkas Saja!
RESEPI MEE GORENG MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan:
- 12 bungkus mi kuning (450 gram sepeket)
- 60 ekor udang sederhana besar
- 4 bungkus fish cake (potong nipis)
- 2 kg sawi Cameron (potong kecil)
- 1 kg kobis (potong kecil)
- 20 keping tauhu (di goreng dan potong kecil)
- 400 gram minyak masak
- 1/2 kg bawang besar (kisar halus)
- 2 labu bawang putih (kisar halus)
- 400 gram cili giling
- 400 gram sos tomato
- 300 gram sos cili
- 400 gram kicap manis
- 6 sudu besar kicap pekat
- 6 sudu besar gula
- 4 sudu besar garam
- 12 sudu besar stok ayam
- 800 gram air
Bahan hiasan:
- 12 biji telur goreng (digoreng dadar nipis dan dipotong halus)
- RM5 daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
- 1 paket sederhana bawang goreng
- Cili merah secukupnya (dihiris)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili giling, kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan 200 gram air.
5. Masukkan batang sawi. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air, Kacau rata.
7. Masukkan udang dan fish cake. Kacau rata.
8. Masukkan pula sawi, kobis, mi dan tauhu.
9. Kacau lagi dan kaup balik sehingga rata masaknya. Siap!
10. Semasa menghidang, taburkan hirisan telur dadar goreng, daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan potongan cili merah secukupnya.
Kredit resipi dan gambar: Nur Ismail
Baca juga: 5 Idea Menu ‘Potluck’ Yang Menarik & Mudah Untuk Jamuan Raya