resepi mee celup

Resepi mee celup antara hidangan berkuah paling digemari ramai kerana rasanya lengkap dengan masin, masam, pedas dan wangi rempah Thai yang kuat. Kuahnya pekat, aromanya naik dan paling penting, boleh dibuat sendiri di rumah dengan bahan mudah didapati.

Kalau selalu makan di kedai, versi homemade ini lebih puas kerana boleh kawal rasa ikut selera sendiri.

Baca juga: Cara Buat Mee Kari Simple Berkuah Lembut & Pekat, Aromanya Cukup Memikat Selera

RESEPI MEE CELUP KUAH PEKAT THAI

resepi mee celup

Bahan-bahan:

  • Tulang / daging / ayam (ikut pilihan)
  • 1 paket rempah sup Thai (pack oren)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Serai (diketuk)
  • Akar ketumbar
  • Daun ketumbar (dikisar)
  • Halia
  • Lobak putih (hiris nipis)
  • Kicap sotong atau sos ikan
  • Kicap Mountain Thai
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan-bahan mee dan sayur celur:

  • Mee Celup / kuey teow / mee segera
  • Kangkung
  • Taugeh

Bahan-bahan pelengkap:

  • Limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng
  • Kacang tumbuk
  • Lobak masin
  • Serbuk lada sulah
  • Cabai kicap

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan aromatik:

  • Bawang putih diketuk
  • Serai
  • Akar ketumbar
  • Halia
  • Lengkuas (jika suka)

2. Masukkan rempah sup Thai dan tumis hingga naik bau wangi.

3. Masukkan daun ketumbar kisar untuk menaikkan aroma kuah.

4. Tambahkan lobak putih yang dihiris nipis.

5. Perasakan dengan:

  • Kicap sotong / sos ikan
  • Kicap Mountain Thai
  • Sedikit kicap manis (untuk warna lebih gelap)

6. Tuang air, masukkan ayam/daging/tulang serta garam dan serbuk perasa.

7. Reneh sehingga daging empuk dan kuah menjadi sebati serta beraroma.

8. Bila empuk, keluarkan isi, hiris kecil dan masukkan semula ke dalam kuah.

Cara Hidang Mee Celup

Celur mee, kangkung dan taugeh. Susun dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah panas yang pekat dan wangi.

Taburkan bawang goreng, kacang tumbuk, daun ketumbar dan perahan limau nipis untuk rasa lebih segar dan “kick”.

Tip Sedap Resepi Mee Celup

  • Lagi lama kuah direneh, lagi pekat dan sedap rasanya
  • Daun ketumbar kisar sangat penting untuk aroma asli Thai
  • Gabungan kicap sotong + kicap Thai memberi rasa umami yang kuat
  • Boleh adjust pedas, masam dan masin ikut citarasa sendiri

Resepi mee celup versi homemade ini sesuai untuk sesiapa yang suka hidangan berkuah pekat, berempah dan penuh rasa. Sekali cuba, memang susah nak kembali ke versi biasa kerana rasa lebih puas dan boleh diubah ikut selera sendiri.

Selamat mencuba!

Sumber: Halimatun Saadiah Hamid

Baca juga: Mee Rebus Sedap Dengan Kuah Pekat, Rasa Lemak Manis Yang Buat Ketagih

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN