Categories: Resipi

Rahsia Kurma Daging Pekat & Likat Ala Kenduri Dulu-Dulu, Kuah Pecah Minyak Cantik!

Kalau suka lauk berkuah yang kaya rasa, kurma daging ala kenduri ini memang wajib cuba. Kuahnya pekat, likat dan cukup berlemak, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama santan serta rempah yang ditumis hingga pecah minyak.

Resipi ini sesuai sangat untuk dimakan bersama nasi minyak dan jelatah. Daging pula dimasak perlahan-lahan sehingga empuk sebelum dicampurkan dengan santan, kentang dan sayur-sayuran.

Rahsia nak dapat kuah kurma yang sedap dan ‘rich’ terletak pada cara menumis rempah. Jangan terlalu kedekut minyak dan pastikan rempah ditumis sehingga betul-betul pecah minyak supaya rasa lebih wangi dan sebati.

Baca juga: Resipi Daging Kicap Pedas Ini ‘Confirm’ Buat Orang Berselera, Masak Sekuali Pun Belum Tentu Cukup

RESEPI KURMA DAGING PEKAT & LIKAT MACAM KENDURI DULU-DULU

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging (dipotong sederhana)
  • 4 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar rempah masak
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 biji bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 8 ulas bawang merah (dimayang)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong besar)
  • 2 tangkai cili hijau atau merah (dibelah dua)
  • 1 biji buah tomato (dibelah empat)
  • 1 labu bawang holland (dipotong baji)
  • Garam secukupnya
  • Perasa jika suka
  • 1 sudu besar susu pekat, nisan atau gula Melaka
  • Minyak masak secukupnya
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu besar serbuk badam (pilihan)
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Gunakan minyak yang agak banyak supaya rempah lebih mudah ditumis hingga pecah minyak. Masukkan bawang merah yang telah dimayang dan goreng sehingga keperangan.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih bersama daun pandan. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Tumis sehingga bahan menjadi wangi dan agak garing.
  4. Masukkan serbuk rempah kurma dan serbuk badam jika digunakan. Bancuh rempah masak dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam periuk. Kacau dan tumis dengan api sederhana sehingga rempah benar-benar masak dan pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan sos tomato. Kacau hingga semua bahan sebati. Tutup periuk seketika supaya air daripada daging keluar dan bercampur dengan rempah.
  6. Tuangkan air secukupnya dan biarkan daging mereneh sehingga empuk. Jika air berkurangan sebelum daging empuk, boleh tambah sedikit lagi air.
  7. Apabila daging sudah empuk, masukkan santan, garam, susu pekat, nisan atau gula Melaka serta perasa jika suka. Kacau perlahan-lahan dan kecilkan api supaya santan tidak pecah.
  8. Masukkan ubi kentang dan teruskan mereneh sehingga kentang empuk. Pada masa yang sama, biarkan kuah menjadi semakin pekat dan likat.
  9. Akhir sekali, masukkan tomato, bawang holland dan cili. Kacau perlahan dan masak seketika sehingga sayur-sayuran sedikit layu.
  10. Kurma daging siap untuk dihidangkan. Sedap dinikmati panas-panas bersama nasi minyak dan jelatah.

Sumber: Noorma Musa

Baca juga: Resepi Daging Perap Dengan Sos Pencicah Thai ‘Aroi Mak’, Dijamin Lembut & Juicy Bila Grill!

Wan N

Recent Posts

Sambal Belacan Kisar Ini Mudah Sangat Dibuat, Tak Perlu Masak Tapi Rasanya Memang Padu!

Kalau suka sambal yang pedas, masam dan cukup membangkitkan selera, sambal belacan kisar ini memang wajib…

2 hours ago

Resepi Sotong Masak Tumis, Ini Petua Elak Sotong Kecut Walaupun Dimasak Dengan Kangkung!

Kalau sedang mencari resepi sotong masak tumis yang mudah dan cepat disediakan, boleh cuba sotong…

2 hours ago

Resipi Tauhu Berlauk Penuh Isi Ayam & Sayur, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sambal Kicap!

Cara membuat tauhu berlauk sebenarnya tak susah dan boleh dibuat dalam kuantiti banyak untuk stok…

3 hours ago

Cekodok Pisang Resipi Tak Serap Minyak, Rupanya Nisbah Ini Buat Luar Rangup

Ada yang suka cekodok pisang tetapi kurang gemar apabila hasilnya terlalu berminyak? Cekodok pisang resepi ini…

4 hours ago

Cara Buat Sosej Homemade Yang Sihat & Sedap, Guna 3 Keping Isi Ayam Boleh Dapat 38 Biji!

Resepi homemade sosej ini memang sesuai dicuba kalau anak-anak suka makan sosej tetapi dalam masa…

3 days ago

Resipi Kuih Lapis Labu Bunga Telang, Bukan Saja Cantik Tapi Rasa Lembut & Berlemak

Kuih lapis labu bunga telang ini bukan sahaja menarik dengan gabungan warna kuning dan biru,…

3 days ago