Resepi makaroni cheese bakar ini sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam. Kalau dah bosan masak makaroni goreng biasa, apa kata jom cuba versi letak keju ini pula.
Sebenarnya, menu ini tidak jauh berbeza dengan makaroni goreng. Yang membezakan hanyalah tambahan sos putih dan keju di atasnya.
Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi perkongsian oleh Linie Azhar di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tips Masak Mi Goreng Supaya Lebih ‘Padu’, Kena Tumis Bawang Ikut Cara Ini
Bahan-bahan:
Cara masak makaroni:
1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sudu besar minyak. Rebus makaroni sehingga lembut. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang hingga layu supaya terasa manis bawang.
3. Masukkan ayam cincang, carrot dan sedikit air. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sos prego, mushroom & capsicum bersama garam dan gula, kacau hingga mendidih.
5. Masukkan macaroni tadi bersama lada hitam dan mixed herbs. Kacau rata. Biar sebentar. Tutupkan api.
Bahan-bahan:
Cara masak sos putih:
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang dengan butter.
2. Masukkan macaroni ke dalam loyang tadi. Curahkan sos putih di atasnya secara merata. Tabur cheese.
3. Bakar hingga masak pada suhu suhu 160°C selama 30 minit atau mengikut oven masing-masing.
Kredit resipi dan gambar: Linie Azhar
Baca juga: Resipi Mi Goreng Basah, Kuah Kena ‘Melekit-Lekit’ Baru Lagi Lazat Berganda!
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…