Categories: Resipi

Resipi Lempeng Bawang Sedap Tanpa Telur, Rahsia Kekal Lembut Sampai Ke Petang!

Pagi-pagi tak tahu nak sarapan apa, jom cuba resepi lempeng bawang. Apa yang menarik, lempeng ini tetap kekal lembut sehingga ke petang walaupun dimasak tanpa menggunakan telur.

Hidangan ini paling padu jika dinikmati bersama sambal tumis ikan bilis dan secawan kopi panas. Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya di bawah.

Baca juga: Lempeng Pisang Simple Tapi Mengenyangkan, Ini Cara Bancuh Adunan Paling Senang!

RESEPI LEMPENG BAWANG

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar susu tepung (boleh gunakan susu tepung anak)
  • 2 1/2 cawan air (sukatan cawan metrik)
  • Sedikit garam
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 biji cili merah (dihiris – pilihan untuk rasa sedikit pedas)
  • Sedikit minyak untuk melenggang

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum, susu tepung, dan sedikit garam ke dalam bekas. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata sehingga adunan menjadi halus dan tidak berketul.
  2. Untuk tekstur yang lebih halus dan ‘smooth’, tapis adunan tersebut sebelum memasukkan bahan hiris.
  3. Setelah adunan ditapis, masukkan hirisan bawang besar dan cili merah. Kacau sebati. Hirisan bawang ini akan memberikan aroma yang sangat wangi apabila dimasak nanti.
  4. Panaskan kuali (non-stick pan) dengan sedikit minyak. Sapukan minyak menggunakan tisu supaya ia rata. Tuangkan satu senduk adunan dan lenggangkan kuali supaya adunan menjadi bulat dan nipis.
  5. Masak di atas api sederhana. Apabila bahagian bawah sudah mula garing dan berwarna keperangan, terbalikkan lempeng tersebut. Masak seketika lagi sehingga kedua-dua belah matang sepenuhnya.

Lempeng Bawang ini paling mantap apabila digandingkan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis yang pedas-pedas manis. Jangan lupa sediakan secawan kopi panas untuk melengkapkan hidangan sarapan pagi anda!

Sumber: Cik Puan Hana

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

Wan N

Recent Posts

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

18 mins ago

Cuma Guna 4 Bahan Tanpa Telur & Gelatin, Ini Resipi Puding Susu Lembut Penuh Berkrim!

Resepi puding susu ini boleh dijadikan pilihan untuk sajian minum petang kerana rasanya yang manis…

23 mins ago

Mee Calong Homemade, Wanita Ini Kongsi Rahsia Buat Bebola Ikan Guna Ikan Selayang!

Hidangan berkuah yang dinikmati panas-panas memang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama keluarga. Mee…

2 hours ago

Resipi Sambal Ayam Bali Ori, Rahsia Sambal Pekat Beraroma Bila Gabung 5 Bahan INI!

Teringin menikmati lauk ayam yang pedas, manis dan berempah? Bolehlah cuba sambal ayam bali yang…

2 hours ago

Resipi Salad Makaroni Buah, Campur Jelly Perisa Anggur Buat Rasanya Lagi Menarik!

Salad macaroni buah antara hidangan yang sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Gabungan makaroni lembut, buah-buahan…

2 hours ago

Tak Perlu Berkuah Pun Sedap! Resipi Daging Masak Kicap Kering, Lagi Meriah Dengan Aneka Sayur

Daging masak kicap kering selalunya menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan lauk berperisa tanpa terlalu…

3 hours ago