Categories: Resipi

Resipi Lala Tumis Yang Ringkas Tapi Sedap, Aromanya Pasti Memikat Selera

Lala merupakan salah satu makanan laut yang digemari ramai. Ia boleh diolah kepada pelbagai gaya masakan seperti resepi lala masak tumis ini.

Pastikan anda menggunakan lala yang segar kerana ia akan mengeluarkan rasa manis dan seterusnya menghasilkan masakan yang enak.

Lala juga tidak perlu dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya liat. Sebab itulah lala perlu dimasukkan pada langkah yang terakhir.

Jika ada yang mahu mencuba, jom kita lihat resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh Puan Nur Masri di bawah.

Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut

RESEPI LALA TUMIS

Bahan-bahan yang dipermukan:

  • Lala
  • Bawang besar dipotong dadu
  • Bawang putih dicincang
  • Cili merah dipotong dadu
  • Serai dimayang halus
  • Halia dimayang
  • Kiub pati ayam

Bahan hiasan:

  • Daun sup

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih. Kemudian, masukkan juga bawang besar, halia dan juga serai. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan lala dan kacau sehingga sebati. Masukkan kiub pati ayam, garam dan cili merah. Sambung kacau lagi.
  3. Tutup seketika. Biarkan lala masak dalam 2 hingga 3 minit.
  4. Taburkan daun sup. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Nur Masri via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan (BIKMM)

Baca juga: Hanya Guna Air Menggelegak, Ini Tips Mudah Keluarkan Isi Lala Tanpa Kopek Satu-Satu!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

1 day ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

1 day ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

1 day ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 day ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

2 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

2 days ago