laksa kuah lemak

Laksa kuah lemak memang antara hidangan tradisional yang sentiasa jadi kegemaran ramai. Kuahnya yang pekat, lemak dan penuh aroma cukup membuka selera, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas bersama sambal serta ulam segar.

Baru-baru ini, perkongsian oleh Ain Fara tentang laksa lemak resipi mak saudara menarik perhatian ramai di Facebook. Rata-rata terpikat dengan kuahnya yang nampak pekat dan berkrim hingga ada yang mengakui terus teringin nak cuba sendiri di rumah.

Baca juga: Laksa Terengganu Kuah Merah Paling Kaw, Punyalah Nikmat Sampai Tetamu Tak Ingat Nak Balik Rumah

RESIPI LAKSA KUAH LEMAK

laksa kuah lemak

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bawang merah kisar bersama cili kisar dan serbuk kari menggunakan sedikit minyak sehingga naik bau.

2. Masukkan ikan dan biarkan kuah mendidih sehingga isi ikan masak sempurna.

3. Tambahkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping untuk menaikkan aroma laksa lemak.

4. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa mengikut citarasa.

5. Akhir sekali masukkan santan dan kacau perlahan supaya kuah lebih pekat, lemak dan tidak pecah minyak.

Rahsia Laksa Kuah Lemak Jadi Lebih Sedap

  • Gunakan santan segar supaya kuah laksa lebih pekat dan terasa lemak asli
  • Bunga kantan serta daun kesum membantu menghasilkan aroma yang lebih menyelerakan
  • Serbuk kari ikan memberi rasa kuah lebih berempah dan padu
  • Masukkan santan pada akhir masakan untuk menjaga tekstur kuah agar lebih cantik dan creamy

Ramai Suka Laksa Kuah Lemak Tradisional

Laksa lemak seperti ini memang cukup menggamit selera, terutama bagi penggemar menu kampung dan masakan tradisional Melayu. Gabungan kuah pekat, rasa lemak santan dan aroma herba menjadikan hidangan ini antara menu yang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Kalau sekali cuba, memang susah nak berhenti makan. Lagi sedap bila dihidangkan panas-panas bersama sambal belacan dan ulam segar.

Selamat mencuba!

Sumber: Ain Fara

Baca juga: Laksa Penang Viral Guna Sardin Tin, Kuah Mantap & Aromanya Terpaling Luar Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN