Categories: Resipi

Resipi Laksa Siam Berkuah Lemak Pedas & Pekat, Makan Berselera Sampai Kuah Pun Licin

Kalau dah jemu makan laksa biasa, apa kata cuba pula resepi laksa thai yang berkuah lemak pedas dan cukup berempah ini.

Memang lain dari yang lain, kuahnya lebih pekat, ada rasa santan yang berlemak dan aroma herba yang wangi semerbak.

Menu ni memang sesuai sangat kalau nak hidang waktu hari raya atau pada bila-bila masa waktu keluarga berkumpul.

Lagi sedap bila makan panas-panas, dapat hirup kuah memang puas hati! Nak buat pun sebenarnya tak susah, cuma kena tahu teknik supaya kuah tak hanyir dan rasa seimbang.

Baca juga: Resipi Laksa Sarawak Berkuah Pekat & Wangi, Semua Yang Makan Pasti Puji Melangit!

RESEPI LAKSA THAI

Bahan kisar:

  • 7 biji cili kering (rendam lembut)
  • 10 biji cili padi
  • 2 batang serai (hiris nipis)
  • 1 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci belacan

Bahan kuah:

  • 1 kg ikan kembung (rebus dan ambil isi sahaja)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 kotak santan
  • 2-3 keping asam keping
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Daun pudina secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 2 sudu besar perencah cukup rasa

Bahan hidangan:

  • Laksa (jenis halus, laksa siam)
  • Timun (hiris)
  • Bawang besar (hiris)
  • Tauge
  • Daun pudina
  • Salad
  • Ulam-ulaman lain ikut selera

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ikan kembung hingga masak. Asingkan isi dan pastikan semua tulang dibuang supaya kuah tidak pahit atau berbau hanyir. Kemudian kisar isi ikan hingga halus.
  2. Kisar semua bahan bertanda sehingga menjadi pes yang halus.
  3. Masukkan bahan kisar bersama isi ikan ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang diingini (jangan terlalu pekat atau terlalu cair).
  4. Masukkan serai yang dititik, asam keping dan daun limau purut. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  5. Setelah kuah mendidih, masukkan santan dan kacau selalu supaya santan tidak pecah.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan perencah cukup rasa. Biarkan kuah mereneh hingga betul-betul masak dan naik bau.
  7. Akhir sekali, masukkan daun pudina dan kacau seketika sebelum tutup api.

Sumber: Hayati Saidin

Baca juga: Resepi Laksa Terengganu Legend Kuah Putih, Juadah Yang Dirindui Orang Pantai Timur!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

5 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

5 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

5 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

6 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

6 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

9 hours ago