
Di Terengganu, ada satu versi laksa yang tak kurang hebatnya iaitu resepi Laksa Terengganu Kuah Putih, atau lebih dikenali juga sebagai Laksa Kuah Lemak atau Kuah Mentah.
Laksa Terengganu Kuah Putih memang lain daripada yang lain kerana kuahnya berwarna putih berkrim dengan rasa lemak santan yang jelas serta sentuhan masam segar dari limau nipis.
Resepi Laksa Terengganu Kuah Putih ini dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook, lengkap dengan sukatan dan cara penyediaan yang mudah diikuti. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Laksa Sardin Tin Paling Senang, Menu Ekspres Bila Tiba-Tiba Teringin Makan Laksa!
RESEPI LAKSA TERENGGANU KUAH PUTIH

Bahan-bahan:
- 2kg laksa beras Terengganu
- 8 ekor ikan selayang (saiz besar, direbus dan diambil isinya, kemudian ditumbuk lumat)
- 6 biji bawang merah (ditumbuk halus)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
- 3 keping asam keping
- 2 biji limau nipis (ambil jusnya)
- 2½ biji kelapa (untuk santan)
- Garam, gula dan perasa secukup rasa
Sayur dan bahan tambahan:
- Kacang panjang
- Tauge
- Timun batang
- Bunga kantan
- Belacan
- Garam tambahan (untuk yang suka lebih masin)
- Sambal cili atau cili boh
- Limau nipis (untuk ekstra masam)

Cara-cara memasak kuah laksa:
1. Masukkan santan ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih dan lada hitam). Kacau hingga sebati.
3. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk lumat. Kacau rata.
4. Tambahkan 2 cawan air (boleh tambah jika mahu kuah lebih cair).
5. Masukkan asam keping dan air perahan limau nipis.
6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
7. Panaskan kuah dengan api kecil sahaja.
8. Bila kuah hampir mendidih, terus tutup api. Jangan biar kuah mendidih.
Buat pengetahuan anda, resepi Laksa Terengganu Kuah Putih juga mempunyai versi kuah mentah, di mana santan tidak dimasak dan terus dicampur dengan semua bahan.
Cara ini menjadikan rasanya lebih segar, tetapi kuahnya tidak tahan lama. Anda boleh menyesuaikannya mengikut selera, paling penting kuahnya mesti cukup lemak dan masam.
Selamat mencuba!
Sumber: Muliadi Ramli
Baca juga: Cara Buat Laksa Sarawak Pekat, Wangi & Berlemak, Confirm Hirup Sampai Licin!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














