laksa sarawak resepi

Kalau anda tengah mencari laksa Sarawak resepi yang mudah tapi tetap pekat dan wangi, cara ini memang pilihan tepat.

Laksa Sarawak bukan saja sedap dimakan bila-bila masa, tapi juga sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk hari raya.

Dalam resipi ini, kami kongsikan cara buat kuah laksa, sambal udang kering, serta tips hidang dengan bihun, tauge rangup, telur gulung dan perahan limau kasturi.

Baca juga: Resipi Laksa Kedah Sedap, Ada Bahan Penting Yang Buat Kuah Pekat Likat, Berlemak Dan Wangi

LAKSA SARAWAK RESEPI MUDAH DAN SEDAP

laksa sarawak resepi

Bahan-bahan kuah laksa:

  • 2 paket Paste Laksa Haji Manan (boleh tambah ikut selera)
  • Isi ayam (rebus dan dicarik)
  • Udang segar (rebus, asingkan dari kuah)
  • Air rebusan ayam & udang
  • Santan kotak
  • Kiub pati ayam
  • Akar ketumbar
  • Daun ketumbar (lebihkan ikut selera)
  • Perasa secukup rasa

Cara buat kuah laksa:

  1. Rebus isi ayam dan udang sehingga masak. Angkat, asingkan udang dan ayam, simpan air rebusan.
  2. Masukkan paste laksa ke dalam air rebusan. Guna 2 paket supaya kuah lebih pekat dan sedap.
  3. Tambahkan santan, kiub pati ayam dan akar ketumbar. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Sesuaikan perasa dengan gula, garam atau sedikit serbuk perasa. Bila kuah mendidih, tutup api. Kuah laksa sedia untuk digunakan.

Bahan-bahan sambal udang kering:

  • 5-6 biji cili kering (rendam sekejap)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil belacan
  • Udang kering secukupnya
  • Gula, garam dan serbuk perasa sedikit

Cara buat sambal udang kering:

  1. Kisar cili kering, udang kering, bawang besar, bawang putih dan belacan sehingga halus.
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan pekat.
  3. Perasakan dengan sedikit gula, garam dan serbuk perasa. Sambal siap!

Bahan sampingan:

  • Tauge segar
  • Bihun (direbus)
  • Telur gulung (dihiris)
  • Limau kasturi
  • Daun ketumbar

Cara hidangan:

  1. Susun bihun di mangkuk.
  2. Letakkan isi ayam carik, udang, tauge dan hirisan telur gulung.
  3. Tuang kuah laksa panas.
  4. Hiaskan dengan sambal udang kering, daun ketumbar dan perah limau kasturi.

Sumber: Nor Hafizah Ismail

Baca juga: Resepi Laksa Siam Versi Kuah Pekat, Rasa Segar Berlemak Yang Luar Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN