resepi laksa lemak siam

Pening kepala nak fikir menu apa untuk rumah terbuka? Jom cuba resepi laksa lemak siam perkongsian oleh Shah Shatry ini.

Bila nak buat rumah terbuka ni, menu utama antara sering menjadi tumpuan tetamu. Kalau masak menu ini, barulah lain dari lain!

Baca juga: Nasi Tomato ‘Simple’ Untuk Juadah Raya, Sekali Dengan Resipi Ayam Masak Merah Dan Acar

RESEPI LAKSA LEMAK SIAM

resepi laksa lemak siam

Bahan-bahan:

  • Laksa kering yang jenis halus (rebus dahulu kemudian toskan)
  • 1kg ikan selayang @ temenung
  • 10 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih* 
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 4 batang serai* (2 batang dikisar, 2 batang lagi diketuk masuk dalam kuah)
  • 2 inci belacan*
  • 5 biji cili api* (nak pedas, boleh lebihkan)
  • 5 keping asam gelugur
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 cawan santan pekat 
  • Garam, gula & perasa

Cara-cara:

1. Rebus ikan. Kemudian, asingkan isi dan tulang. Isi ikan dikisar halus.

2. Air rebusan jangan dibuang. Gunakan air rebusan ikan tadi untuk kisar tulang. Lepas kisar tulang, kemudian tapiskan.

resepi laksa lemak siam

3. Kisar semua bahan yang bertanda (*).

4. Masukkan bahan kisar dan serai yang diketuk ke dalam periuk. Biarkan mendidih.

5. Bila dah mendidih, boleh masukkan isi ikan yang dikisar tadi bersama dengan asam keping, daun limau purut dan air.

6. Kuah jangan pekat sangat atau jangan cair sangat. Ikut selera masing-masing. Kacau sebati.

7. Kemudian masukkan santan. Kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul.

8. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa. Bila dah suaikan rasa, dah mendidih boleh tutup api.

9. Hidangkan laksa lemak siam dengan bahan sampingan yang lain seperti timun, tauge, kacang panjang, bunga kantan, salad, telur rebus dan limau nipis. Bahan sampingan ni ikut selera masing-masing nak letak apa.

Kredit resipi: Shah Shatry

Baca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN