PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-18 10:37:15

Kuih karipap sering menjadi menu wajib untuk juadah waktu petang bersama teh o panas. Kita seringkali dihidangkang dengan karipap biasa, apa kata kali ini, kita tukar sikit bentuk karipap kepada karipap pusing. Pasti menarik! Jom kita ikuti perkongsian resipi ini daripada Mas Cotek menerusi Facebook.


Kredit: Mas Cotek

Bahan doh minyak:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan minyak masak (dipanaskan)
  • Secubit garam
  • Air secukupnya ( air suhu biasa )
     

Bahan doh marjerin:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan shortening
  • ½ cawan marjerin atau lebih

 

Cara memasak:

  1. Untuk membuat doh minyak, satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.


    Kredit: Mas Cotek
     

  2. Untuk membuat doh marjerin pula, satukan semua bahan dan sebatikan sehingga ia menjadi doh.


    Kredit: Mas Cotek
     

  3. Kemudian, bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.


    Kredit: Mas Cotek
     

  4. Ambil satu doh minyak dan leperkan. Selepas itu masukkan doh marjerin di dalamnya seperti dalam gambar.


    Kredit: Mas Cotek
     

  5. Tutupkan doh dengan menarik doh minyak sehingga menutupi doh marjerin tadi. Bulatkan dengan sempurna sehingga menjadi bulatan doh dan rehatkan selama 5 minit.


    Kredit: Mas Cotek
     

  6. Ambil 1 doh dan canaikan. Selepas itu, sapukan sedikir air di atas permukaan doh. Elakkan meletak terlalu banyak supaya ia tidak lembik. Cukup sekadar calit-calitkan sahaja.


    Kredit: Mas Cotek
     

  7. Gulungkan doh tadi dan letak memanjang seperti dalam gambar.


    Kredit: Mas Cotek
     

  8. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi


    Kredit: Mas Cotek
     

  9. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini dan potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.


    Kredit: Mas Cotek
     

  10. Kemudian, ambil seketul dan canaikan doh itu untuk membuat lapisan karipap. Buat langkah-langkah membuat karipap dan gorengkan seperti biasa sehingga rangup.


    Kredit: Mas Cotek


    Kredit: Mas Cotek


    Kredit: Mas Cotek


    Kredit: Mas Cotek

Dah siap! Fuhhh, memang rangup! Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN