resepi kurma telur

Kita dah selalu masak kurma ayam kan? Kali ini, apa kata ibu-ibu cuba kelainan dengan memasak resepi kurma telur pula.

Resepi ini hampir sama dengan masakan kurma lain, cuma bezanya adalah penggunaan telur sebagai pengganti ayam atau daging.

Menu ini sangat sedap dimakan dengan nasi putih. Selain itu, ia juga sesuai dihidangkan bersama nasi minyak, nasi kandar atau nasi tomato.

Yang menariknya, masakan ini sangat sesuai untuk anak-anak kerana ia tidak pedas. Satu keluarga boleh menikmatinya.

Baca juga: Nasi Goreng Butter Telur, Resipi Terlajak Sedap Tapi Cepat Dimasak!

RESEPI KURMA TELUR

resepi kurma telur

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur ayam
  • 3 biji bawang merah India dihiris
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kayu manis
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 5 biji buah tomato
  • 5 biji cili hijau besar
  • 5 biji kentang
  • 2 kotak kecil santan
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • Air ikut kepekatan yang disukai
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Rebus telur terlebih dahulu selama 15 minit.
  2. Kemudian, kupas kulit telur dan goreng sekejap.
  3. Guna kuali lain, panaskan sedikit minyak.
  4. Masukkan rempah kasar dan juga bawang. Tumis sampai layu.
  5. Selepas bawang dah layu, masukkan cili dan kentang.
  6. Bila kentang dah nak empuk, masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sampai pecah minyak.
  7. Bila dah pecah minyak, tuangkan santan dan biarkan mendidih.
  8. Kalau dah mendidih elok, masukkan air sedikit demi sedikit sampai mendidih semula. Waktu ini masukkan juga tomato.
  9. Jangan lupa perasakan dengan garam secukup rasa.
  10. Akhir sekali, masukkan telur dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Resipi Telur Mata Cabai Bawang, Menu Jimat Tapi Sedap Bukan Main!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN