nasi goreng butter

Nasi goreng merupakan hidangan yang ringkas, cepat dan mengenyangkan. Ia sering menjadi penyelamat di saat kelaparan. Kali ini, jom cuba resepi nasi goreng butter telur yang pasti mengiurkan!

Menu ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai pilihan sarapan pagi yang mudah dan tidak rumit untuk dimasak. Dengan resipi simple ini, anda boleh menikmati Nasi goreng yang sedap dalam sekelip mata!

Jika ada yang ingin mencuba, mari lihat resipi penuh di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

RESEPI NASI GORENG BUTTER TELUR

nasi goreng butter

Bahan-bahan:

  • Unsalted butter (Golden Churn) secukupnya
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 biji cili merah (potong)
  • 4 biji telur
  • Nasi sejuk secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang (potong)

Cara memasak:

  1. Cairkan unsalted butter dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih cincang hingga naik bau.
  3. Masukkan cili merah potong, tumis sebentar.
  4. Masukkan telur.
  5. Apabila telur masak dalam 80%, masukkan nasi sejuk.
  6. Gaul sekata dan biarkan nasi sedikit kering.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Masukkan potongan daun bawang.
  9. Gaul sekata dan sedia untuk dihidangkan.
  10. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nur Aisyah

Baca juga: Rahsia Nasi Goreng Sedap, Guna Nasi Baru Masak Tapi Peroi & Sebiji-Sebiji Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN