resepi kurma daging

Pasti ramai yang sudah biasa masak kurma ayam kan? Kali ini jom cuba resepi kurma daging pula. ‘Kurma’ yang disebut ini bukan merujuk kepada buah kurma, tetapi ia sejenis campuran rempah yang memang khas untuk masakan bernama ‘korma’.

Lauk ini biasanya sering dihidangkan ketika kenduri kahwin atau hari raya. Sesekali apa salahnya cuba masak sendiri kalau teringin. Lebih enak jika diregukan dengan nasi minyak dan jelatah.

Rupanya ada teknik ‘rahsia’ yang perlu dilakukan supaya masakan kurma daging menjadi lebih lazat dari biasa. Untuk mengetahui apa rahsia tersebut, mari ikuti perkongsian oleh Syed Mohd Nazli Jamalullai di bawah.

Baca juga: Cara Masak Kari Kepala Ikan Merah, Tak Guna Santan Tapi Tetap Padu!

RESEPI KURMA DAGING LAGI PADU DARI BIASA

Bahan-bahan tumis:

  • Bawang besar (hiris)
  • Hirisan halia (hiris)
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga pelaga

Bahan-bahan lain:

  • Serbuk kurma
  • Air
  • Daging
  • Kerisik 
  • Tomato (hiris)
  • Bawang putih/bawang merah (dikisar)
  • Buah keras (tumbuk)
  • Jintan (tumbuk)
  • Kentang
  • Santan
  • Cili merah (potong tengah)
  • Bawang besar (potong 4)
  • Garam
  • Minyak sapi

Cara memasak:

1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar, hirisan halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga garing dan kekuningan.

2. Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul dengan air, daging, kerisik, tomato, bawang putih/merah yang telah dikisar dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.

3. Tutup periuk, masak dengan api kecil sehingga pecah minyak. Tujuan tutup periuk adalah bertujuan supaya aroma bau tak hilang dan daging cepat lembut.

4. Awas! Jangan biarkan ramuan rempah itu hangit, air kena pandai agak.

5. Bila daging sudah hampir lembut, masukkan kentang dan tunggu sehingga lembut. Kemudian, boleh masukkan santan dan biarkan sehingga menggelegak.

6. Masukkan juga cili merah yang dipotong tengah dan bawang besar yang dipotong empat. Perasakan dengan garam secukupnya.

7. Setelah semuanya selesai dimasak, tuangkan sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah. Ini akan menambahkan kelazakan masakan kurma ini.

8. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!

resepi kurma daging

Kredit resipi dan gambar: Syed Mohd Nazli Jamalillail

Baca juga: Ayam Nampak Tak ‘Fresh’? Ikut Petua Ini Supaya Kembali Kemerahan & Tak Berbau

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN