resepi kuih seri muka

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Noor Aswani Bt Endut berkongsikan resepi kuih seri muka pandan yang merupakan resepi dari arwah ibunya.

Kuih seri muka ini merupakan kuih tradisional Melayu yang digemari ramai dari dulu sehingga sekarang. Ia mempunyai dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan pulut pada bahagian bawah dan lapisan kastard hijau dibuat dengan jus pandan pada bahagian atas.

Walaupun kuih ini mudah didapati di mana-mana gerai, namun kuih yang dihasilkan dengan air tangan ibu tiada tandingannya. Oleh itu, jika ada yang ingin mencuba resepi legend orang lama, mari ikuti resipi lengkap di bawah.

RESEPI KUIH SERI MUKA PANDAN

Bahan-bahan lapisan bawah (pulut):

  • 500 gram beras pulut (lebih kurang 3 pot)
  • Santan
  • Air
  • Garam

Bahan-bahan lapisan atas (hijau):

  • 1 mug pati pandan (dalam 15 helai daun pandan)
  • 1 mug santan (pati santan, bukan yang cair)
  • 2 biji telur
  • 8-9 sudu besar gula
  • 3/4 mug tepung gandum

Mug sukatan untuk santan dan pati daun pandan

Cawan untuk sukat tepung gandum

Cara-cara:

1. Cara membuat lapisan hijau: Pukul telur dengan gula sampai hancur. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Masukkan juga santan dan pati air pandan. Kacau sebati dan tapis untuk menapis bahan yang berketul. Ketepikan seketika.

2. Cara membuat lapisan bawah: Satukan pulut dengan santan, air dan garam secukup rasa. Kacau macam nak buat ketupat. Letak dalam loyang dan kukus sampai naik wap selama lebih kurang 15 minit.

3. Apabila nampak wap pulut sudah naik, terus tuangkan adunan lapisan hijau. Sambung kukus selama 40 minit. Sambil itu boleh perhati jika air wap menitik atau tidak, jika menitik, hembus air atas permukaan tersebut supaya kuih cantik sekata.

Kalau risau nak tiup nanti air liur menitik, ikat kain dekat penutup pengukus sebelum muka mengukus. Air tidak akan menitik ke atas kuih.

resepi kuih seri muka

4. Ini sukatan untuk loyang 10×10. Kalau pakai loyang kecil, kuih akan jadi tebal dan tak berapa cantik. Selamat mencuba!

resepi kuih seri muka

Kredit resipi dan gambar: Noor Aswani Bt Endut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN