Categories: Resipi

Resepi Kuih Limas, Macam Tepung Pelita Tapi Beza Satu Bahan Saja

Sekali pandang, nampak seperti Kuih Tepung Pelita tapi sebenarnya bukan. Ramai yang tak tahu tentang resepi Kuih Limas yang merupakan kuih tradisi negeri Perak ini.

Bentuknya juga seakan Kuih Tepung Pelita membuatkan ramai keliru, tapi apa yang membezakannya adalah pada bahan yang digunakan.

Kuih Limas menggunakan tepung gandum manakala Kuih Tepung Pelita menggunakan tepung beras. Rasanya yang lemak manis membuatkan sesiapa pun menyukainya.

Jika anda teringin tahu bagaimana rasanya, boleh cuba resepi Kuih Limas yang dikongsikan oleh Jaja Noriza di Facebook ini.

Baca juga: Cara Mudah Buat Tepung Pelita Versi Kacau, Satu Adunan Dapat 25 Bekas!

RESIPI KUIH LIMAS

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • 2 cawan santan cair
  • 1 ½ cawan jus air pandan
  • 4 sudu makan gula pasir
  • 1 ¼ cawan tepung gandum dan tambah 1 sudu besar tepung lagi (sukatan ngam-ngam cantik)
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan lapisan atas:

Bahan-bahan lain:

  • Kelongsong daun pisang atau bekas plastik
  • Gula secukupnya

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati, kemudian tapis dan ketepikan.

2. Campurkan semua bahan lapisan atas pula dan kacau rata, kemudian tapis dan ketepikan.

3. Panaskan kukusan dan susun kelongsong dan isi 1 sudu besar gula.

4. Apabila air sudah mendidih, masukkan adunan lapisan bawah (hijau).

5. Kukus selama 12 minit menggunakan api sederhana. Bila sudah masak, sejukkan sebentar supaya bila tuang adunan lapisan atas, kuih tidak bercampur.

6. Apabila lapisan hijau sudah sedikit sejuk, masukkan pula adunan lapisan atas. (Nak lebih mudah, tuang guna senduk perlahan-lahan)

7. Kukus sekali lagi selama 10 hingga 12 minit menggunakan api sederhana. Apabila sudah masak, tutup api. Siap!

Antara tips dikongsikan oleh Jaja Noriza dalam resepi Kuih Limas ini ialah:

  • Kukus dengan api sederhana saja untuk dapatkan permukaan kuih yang cantik.
  • Sejukkan lapisan bawah dulu supaya tak bercampur adunan sebab kuih ini agak lembut.
  • Balut tudung pengukus supaya air tak jatuh ke atas kuih.
  • Saya guna santan segar yang diperah dari sebiji kelapa.
  • Sebelum tuang adunan ke dalam acuan, kena kacau terlebih dahulu supaya adunan sebati.

Kuih ini boleh dinikmati ketika suam atau pun sejukkan di dalam peti ais terlebih dahulu.

Selamat mencuba!

Sumber: Jaja Noriza

Baca juga: Cara Buat Kuih Limas Guna Sukatan Cawan, Resipi Asli Tradisi Orang Perak

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

11 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

15 hours ago