resepi kuih lapis

Jom cuba resepi kuih lapis seri wangi ini. Pasti lebih puas hati dan berbaloi-baloi berbanding beli di kedai.

Jika menggunakan resipi perkongsian oleh Mawar Wilsa di bawah, kuih lapis anda dijamin lembut elok dan lebih terasa lemak manisnya.

Selain itu, entri kali ini juga turut berkongsikan rahsia membuat permukaan kuih yang cantik dan licin sempurna. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tips Permukaan Kuih Lapis Licin Sempurna, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi

RESEPI KUIH LAPIS SERI WANGI

Bahan A:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat

Bahan B:

  • 1 1/4 cawan gula pasir (boleh juga guna gula halus)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut. Selepas itu, angkat dan biarkan adunan sedikit suam.

2. Sementara itu, satukan kesemua bahan A di dalam satu mangkuk dan gaul rata. Ketepikan dahulu.

3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata. Kemudian, tapiskan.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau apple dan perisa pandan. Satu adunan lagi, biarkan sahaja warna asal (putih). Untuk lapisan atas sekali, letakkan pewarna merah jambu (pink).

5. Apabila air kukusan sudah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.

6. Mula-mula, masukkan 1 cawan adunan putih dan kukus selama 5 minit.

7. Setelah itu, lapiskan dengan adunan hijau apple dan kukus selama 5 minit. Ulang sehingga adunan habis.

8. Untuk lapisan akhir sekali yang berwarna merah jambu, kukus selama 20 minit. Bila dah siap, boleh angkat dan sejukkan.

resepi kuih lapis

9. Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Guna pisau plastik supaya cantik hasil potongannya.

resepi kuih lapis

Nota:

  • Untuk setiap resipi, guna cawan dan sudu sukatan metrik.
  • Bagi memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin, buka penutup pengukus setiap 5 minit atau 10 minit dan sentiasa lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.
  • Apabila kuih lapis sudah masak, bukaa tudung pengukus dan biarkan atas api selama 10 hingga 15 minit  agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih lapis cepat basi.

Kredit resipi dan gambar: Mawar Wilsa

Baca juga: Nampak Macam Kuih Lapis, Sebenarnya Resipi Puding Biskut. Guna 3 Bahan Saja!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN