resepi kuih kapit

Resepi kuih kapit tradisional ini memang tak pernah lekang dek zaman, selalu jadi kegemaran ramai terutama pada Hari Raya. Rasanya yang rangup, nipis dan wangi santan, memang sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan kopi atau teh.

Walaupun nampak mudah, kuih kapit yang cantik dan rangup memerlukan adunan yang betul iaitu cair, halus dan tak berketul.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mudah dan tip tambahan supaya kuih kapit anda jadi sempurna setiap kali buat.

Baca juga: 5 Resipi Kuih Raya Guna Cornflakes, Semuanya Mudah Dibuat & Bakal Jadi Rebutan!

RESEPI KUIH KAPIT TRADISIONAL

resepi kuih kapit

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 kotak kecil santan (contohnya santan Kara atau jenama pilihan)
  • 3 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan tepung ubi, tepung gandum, gula dan garam dalam bekas besar.
  2. Masukkan santan, telur dan air sedikit demi sedikit.
  3. Kacau menggunakan whisk hingga adunan sebati dan tak berketul. Tapis adunan untuk hasil lebih licin.
  4. Pastikan adunan cair. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air supaya kuih tidak menjadi tebal.
  5. Panaskan acuan kuih kapit atas dapur arang atau gunakan acuan elektrik.
  6. Sapukan sedikit minyak pada acuan untuk pusingan pertama sahaja.
  7. Tuangkan satu sudu kecil adunan ke atas acuan kuih kapit yang sudah betul-betul panas (guna dapur arang atau acuan elektrik).
  8. Tutup acuan dan bakar hingga berwarna kuning keemasan.
  9. Buka acuan dan keluarkan kuih dengan berhati-hati.
  10. Lipat atau gulung kuih segera semasa masih panas kerana ia cepat mengeras apabila sejuk.
  11. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup lebih lama.

Sumber: Shakirah AB

Baca juga: Resipi Kuih Siput Yang Rangup Tapi Tak Keras, Buat Satu Balang Pun Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN