Categories: Resipi

Cara Buat Kuah Carbonara Tanpa Keju, Nak Jimat Boleh Guna Resipi Ini!

Ramai orang suka masakan western seperti spageti carbonara. Tapi bila harga barang tak menentu, nak beli sos segera pun terasa berat. Sebenarnya, anda boleh buat sendiri kuah spaghetti carbonara di rumah.

Resipi ini menggunakan bahan yang lebih murah, ringkas dan sedap. Walaupun tanpa keju atau sos segera. Walaupun tanpa keju atau sos segera, rasanya tetap berlemak berkrim dan pasti anak-anak suka.

Baca juga: Resipi Spageti Aglio Olio Cheese, Cara Paling Mudah Tapi Sedap Sangat!

CARA BUAT KUAH SPAGHETTI CARBONARA JIMAT TANPA KEJU

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar bawang putih kisar/cincang
  • ½ sudu besar bawang merah kisar
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar marjerin/mentega
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 belah dada ayam lebih kurang segenggam (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar tepung jagung/gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan ayam dadu dan goreng sehingga masak.
  3. Tambahkan marjerin, lada hitam dan sedikit garam. Gaul rata.
  4. Masukkan susu cair, kacau sebati. Boleh tambah sedikit garam, gula atau perasa jika mahu.
  5. Bila kuah mula mendidih, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga kuah pekat.
  6. Apabila kuah mendidih elok, terus tutup api.

Siap kuah carbonara homemade tanpa keju! Walaupun ringkas, rasanya tetap lemak berkrim dan sedap dimakan dengan spageti. Jimat, mudah dan anak-anak pun pasti suka.

Sumber: Aisyah Ibrahim

Baca juga: Resipi Spageti Tomyam Udang Creamy, Gabungan Rasa Pedas & Masam Yang Mesti Cuba!

Wan N

Recent Posts

Resipi Kuah Yong Tau Fu Homemade, Ada Dua Pilihan Kuah Hitam & Merah Yang Pekat Likat!

Kalau makan yong tau fu, antara perkara yang membuatkan hidangan ini lebih menarik mestilah kuahnya.…

7 hours ago

Kek Marble Gebu Dan Lembut, Cuba Resipi Orang Lama Ini Memang Tak Pernah Mengecewakan!

Kek marble antara hidangan klasik yang tidak pernah hilang peminat. Gabungan warna yang menarik dengan…

8 hours ago

Resipi Baby Churros Untuk Jamuan Sekolah, Saiz Kecil Memang Senang Anak-Anak Nak Makan!

Resepi churros ini boleh dijadikan pilihan kalau sedang mencari idea snek ringan untuk anak-anak, lebih-lebih…

8 hours ago

Sos Lemon Madu Meresap Sampai Ke Isi, Ayam Panggang Ini Memang Padu Untuk Makan Malam!

Ayam lemon madu boleh menjadi pilihan menarik untuk menu makan malam, terutama bagi yang inginkan…

9 hours ago

Resipi Kerabu Kaki Ayam Yang Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis, Ratah Saja Pun Dah Nikmat!

Resepi kerabu kaki ayam ini memang boleh buat lupa lauk lain! Kaki ayam yang kenyal…

9 hours ago

Lelaki Kongsi Petua Untuk Badan Lenguh Dan Otot Selalu Tegang, Rebus Dua Bahan Dapur Saja

Badan selalu terasa lenguh dan otot pula mudah tegang selepas melakukan aktiviti harian? Ada satu…

9 hours ago