
Ramai orang suka masakan western seperti spageti carbonara. Tapi bila harga barang tak menentu, nak beli sos segera pun terasa berat. Sebenarnya, anda boleh buat sendiri kuah spaghetti carbonara di rumah.
Resipi ini menggunakan bahan yang lebih murah, ringkas dan sedap. Walaupun tanpa keju atau sos segera. Walaupun tanpa keju atau sos segera, rasanya tetap berlemak berkrim dan pasti anak-anak suka.
Baca juga: Resipi Spageti Aglio Olio Cheese, Cara Paling Mudah Tapi Sedap Sangat!
CARA BUAT KUAH SPAGHETTI CARBONARA JIMAT TANPA KEJU

Bahan-bahan:
- 1 sudu besar bawang putih kisar/cincang
- ½ sudu besar bawang merah kisar
- 1 tin susu cair
- 1 sudu besar marjerin/mentega
- ½ sudu kecil lada hitam
- 1 belah dada ayam lebih kurang segenggam (dipotong dadu)
- 1 sudu besar tepung jagung/gandum (dibancuh dengan sedikit air)
- Sedikit garam
- Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik bau dan garing.
- Masukkan ayam dadu dan goreng sehingga masak.
- Tambahkan marjerin, lada hitam dan sedikit garam. Gaul rata.
- Masukkan susu cair, kacau sebati. Boleh tambah sedikit garam, gula atau perasa jika mahu.
- Bila kuah mula mendidih, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga kuah pekat.
- Apabila kuah mendidih elok, terus tutup api.
Siap kuah carbonara homemade tanpa keju! Walaupun ringkas, rasanya tetap lemak berkrim dan sedap dimakan dengan spageti. Jimat, mudah dan anak-anak pun pasti suka.
Sumber: Aisyah Ibrahim
Baca juga: Resipi Spageti Tomyam Udang Creamy, Gabungan Rasa Pedas & Masam Yang Mesti Cuba!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














