resepi koktail

Waktu cuaca panas macam sekarang, memang nikmat kalau dapat makan pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan. Apa kata cuba resepi koktail sumi yang ringkas, mudah dan cepat disediakan ini.

Resipi koktail sumi ini juga boleh diolah ikut cita rasa masing-masing. Kalau suka koktail yang banyak ‘bahan’, boleh tambah nata de coco atau buah-buahan segar. Kalau suka manis, boleh lebihkan susu pekat.

Kalau ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Halimaton Saadiah di bawah.

Baca juga: Resipi Puding Buah Kuah Kastard, Nikmatnya Lepas Makan Masih Terbayang-Bayang!

RESEPI KOKTAIL SUMI

resepi koktail

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin laici
  • 1 tin fruit cocktail
  • 1 paket sumi
  • Ais batu

Cara-cara:

  1. Sediakan semua bahan dan buka tin.
  2. Campurkan susu cair, susu pekat, laici, fruit cocktail dan sumi ke dalam satu bekas besar.
  3. Kacau semua bahan perlahan-lahan sampai sebati.
  4. Masukkan ais batu ikut suka, boleh letak terus atau waktu nak makan nanti.
  5. Siap! Sedia untuk dinikmati sejuk-sejuk.

Tip:

  • Sukatan ini untuk satu set. Kalau nak lebih banyak, gandakan setiap bahan.
  • Boleh tambah nata de coco atau buah segar kalau suka.
  • Ubah suai tahap kemanisan ikut selera masing-masing.

Sumber resipi dan gambar: Halimaton Saadiah

Baca juga: Resipi Puding Seringgit Guna Modal Bajet, Boleh Letak Aneka Filling Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN