resepi puding seringgit

Nak pencuci mulut yang murah, senang dibuat dan confirm disukai ramai? Jom cuba resepi puding seringgit ini!

Walaupun hanya guna bahan asas seperti susu cair, kastard dan agar-agar, hasilnya sangat berkrim, lembut dan cukup memikat.

Sesuai untuk makan sendiri atau dijadikan pencuci mulut viral yang boleh dijual pada harga bajet.

Menariknya, puding ini bukan sekadar ‘kos rendah’, tapi juga sangat fleksibel kerana boleh dipelbagaikan dengan aneka filling seperti oreo, karamel, strawberi coklat atau tutti frutti.

Nak tahu macam mana nak buat? Jom baca sampai habis untuk ketahui cara lengkap serta tip untuk hasilkan puding yang licin, tak berketul dan cair di mulut!

Baca juga: Cara Buat Puding Aiskrim Simple Guna 2 Bahan, Sedapnya Cair Di Mulut!

RESEPI PUDING SERINGGIT

resepi puding seringgit

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin susu fullcream
  • 3 tin air
  • 3 sudu kecil tepung kastard
  • 10 gram agar-agar serbuk
  • Esen vanilla

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.
  2. Masak atas api sederhana sambil terus kacau supaya bancuhan tidak berketul.
  3. Puding ini perlu sentiasa dikacau agar susu tidak pecah dan tekstur kekal licin.
  4. Masak sehingga adunan betul-betul menggelegak.
  5. Tutup api dan biarkan puding suam sedikit sebelum dituangkan ke dalam bekas.

Sementara menunggu puding suam, anda boleh sediakan filling atau hiasan di dalam bekas. Antara pilihan yang boleh dicuba:

  • Tutti fruity
  • Oreo hancur
  • Sos karamel
  • Strawberi & coklat

Sumber: Izatie Khaidir

Baca juga: Puding Karamel Pandan Yang Lembut & Wangi, Resipi Mudah Tanpa Guna Telur

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN