resepi puding buah

Resepi puding buah dengan kuah kastard ini bukan saja sedap, tetapi juga mudah untuk disediakan. Sesuai sangat sebagai pencuci mulut untuk hidangan minum petang bersama keluarga.

Lebih nikmat apabila dinikmati sejuk-sejuk dengan buah-buahan pilihan anda. Memang berbaloi-baloi dan tak rugi kalau buat sendiri di rumah!

Baca juga: Resipi Puding Seringgit Guna Modal Bajet, Boleh Letak Aneka Filling Sedap!

RESEPI PUDING BUAH KUAH KASTARD

resepi puding buah

Bahan-bahan puding:

  • 1 tin susu cair
  • 1½ cawan susu fullcream
  • ½ cawan air
  • ⅓ cawan gula (lebihkan kalau suka manis)
  • ½ cawan tepung kastard
  • Sedikit garam

Cara buat puding:

  1. Sediakan satu periuk. Masukkan susu cair, susu fullcream, air, gula, tepung kastard dan sedikit garam.
  2. Masak di atas api sederhana hingga adunan menjadi pekat.
  3. Sejukkan seketika, kemudian tuangkan ke dalam bekas
  4. Biarkan puding mengeras pada suhu bilik atau simpan dalam peti sejuk (chiller)
  5. Sukatan ini menghasilkan 7 hingga 8 bekas bersaiz 250ml (sekitar 100 gram setiap bekas).

Bahan-bahan kuah kastard:

  • 250ml air
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan whipping cream atau susu full cream
  • 1 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
  • Sedikit garam

Cara buat kuah kastard:

  1. Dalam periuk, masukkan air, susu cair, whipping cream (atau susu full cream), tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air dan garam.
  2. Masak di atas api sehingga kuah mendidih dan kelihatan berbuih.
  3. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.

Cara menghidang:

  1. Susun buah-buahan pilihan di atas puding yang telah mengeras.
  2. Akhir sekali, tuangkan kuah kastard ke atas puding dan buah-buahan.
  3. Sejukkan sebelum dinikmati atau boleh terus dihidangkan.

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Cara Buat Puding Aiskrim Simple Guna 2 Bahan, Sedapnya Cair Di Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN