Pantang nampak peniaga kuih jual keria gula melaka, mesti singgah untuk membelinya. Nak buat sendiri di rumah, boleh cuba resepi Keria Gula Melaka yang hasilnya sangat gebu.
Bahan untuk buat Keria Gula Melaka tak begitu rumit, tapi bila digoreng dan disira gula melaka pekat berkilat, aromanya terus buat perut berbunyi. Sekali gigit, rasa tak cukup sebiji.
Resepi Keria Gula Melaka yang dikongsikan oleh Siti Saemah di Facebook ini sesuai sangat untuk yang suka kuih gebu di luar dan lembut di dalam. Jom kita cuba!
Baca juga: Puding Susu Gula Melaka, Sejuk, Lembut & Manis Berlemak Yang Luar Biasa
Bahan-bahan:
Bahan sira gula melaka:
Cara-cara memasak:
1. Keledek yang telah dikukus perlu disejukkan terlebih dahulu.
2. Bila dah sejuk, tumbuk hingga betul-betul lumat.
3. Masukkan tepung beras dan tepung gandum.
4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
5. Ambil sedikit doh, bulatkan seperti bola pingpong dan buat lubang di tengah.
6. Ulang sehingga doh habis.
7. Panaskan minyak yang banyak.
8. Pastikan minyak betul-betul panas dan keria tenggelam sepenuhnya semasa digoreng.
9. Jangan terlalu penuh dalam kuali kerana keria akan mengembang.
10. Goreng sehingga warna kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan.
11. Satukan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan dalam kuali.
12. Reneh sehingga mendidih dan berbuih kasar.
13. Masukkan keria yang telah digoreng ke dalam sira.
14. Gaul cepat dan rata sehingga keria kelihatan berkilat cantik.
15. Terus angkat supaya keria tidak melekat dan siranya kekal elok.
Tip supaya keria jadi cantik dan tak keras:
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Saemah
Baca juga: Tips Sira Gula Kuih Keria Tak Cair & Tahan Sampai ke Petang, Wajib Masukkan Tepung ‘Ini’
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…