Seorang pengguna Facebook bernama Puan Shenn telah berkongsikan satu resepi kerabu sardin yang sangat lazat.
Menurutnya, resipi ini sangat digemari oleh suami dan anak-anaknya. Makan dengan nasi panas boleh bertambah-tambah dibuatnya!
Cara penyediaannya juga tidak susah mana. Hanya perlu mencampurkan ikan sardin dan ikan bilis yang sudang digoreng beserta bahan-bahan lain.
Kalau ada yang nak cuba, ikuti saja resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Kerabu Bunga Kantan, Sangat Mudah & Tak Renyah Pun Nak Buat
RESIPI KERABU SARDIN
Bahan-bahan:
- 1 tin ikan sardin (goreng sekejap)
- Ikan bilis (goreng sehingga garing)
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- 1 biji tomato (potong dadu)
- 10 biji cili pagi (hiris kecil)
- 1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
- Garam
- Gula
Cara-cara:
1. Goreng sekejap ikan sardin. Kemudian angkat ke dalam pinggan dan cincang sehingga hancur. Kemudian perahkan dengan air limau kasturi.
2. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain kecuali ikan bilis. Gaul sebati.
3. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis yang sudah digoreng sehingga garing. Gaul lagi sehingga sehingga semuanya bercampur rata.
4. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Puan Shenn
Baca juga: Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Tauge & Kerang, Pasti Terangkat Tak Cukup Sepinggan!