resepi kengsom ikan kembung

Resepi kengsom ikan kembung merupakan antara masakan Thai yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia.

Cara penyediaannya tidak susah mana. Yang penting kena tahu seimbangkan rasa masam, manis dan pedas. Barulah lagi umphhh!

Menu ini biasanya menggunakan ikan siakap. Namun, boleh juga ditukar kepada ikan lain yang sesuai dengan selera.

Baca juga: Resipi Ikan Masak Pindang Simple, Memang Nikmat Dapat Hirup Kuah Panas-Panas!

RESEPI KENGSOM IKAN KEMBUNG

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Sesudu serbuk kunyit
  • 2 cm halia
  • 2 sudu makan gula putih
  • 6 biji cabai kering
  • 6 biji cili merah

Bahan lain:

  • Ikan kembung
  • Perahan air asam jawa (asam jawa sebesar penumbuk budak)
  • Garam secukup rasa
  • Ikan kembung
  • Sayur kangkung

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau atas api.
  3. Kemudian, masukkan perahan air asam jawa.
  4. Seterusnya, masukkan pula garam secukup rasa dan kacau sebati.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan kembung dan juga kangkung.
  6. Biarkan sehingga ikan masak sepenuhnya.
  7. Siap, sedia untuk dimakan begitu sahaja.
  8. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ummu Adam Solihin, Ninie Zaini

Baca juga: Cara Buat Pes Ikan Bakar Homemade, Nak Masak Tinggal Lumur Je!

Baca juga: Bukan Sebarang Ikan, Rupanya Ikan Kembung Ini Ada Banyak Khasiat Untuk Kesihatan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN