Categories: Resipi

Resepi Kek Pisang Moist Paling Menjadi, Sampai Ibu Pun Puji Berkali-kali!

Selama ini sering makan kek yang gebu dan padat saja, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba pula resepi Kek Pisang moist yang hasilnya cukup lembut dan harum.

Kek Pisang moist dibuat daripada pisang yang telah masak dan sangat popular kerana teksturnya lembap dan rasa pisangnya yang harum serta manis semula jadi.

Asiah Abdullah telah kongsikan resepi Kek Pisang moist di Facebook yang mendapat pujian dan cukup digemari oleh ibunya. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

RESEPI KEK PISANG MOIST

Bahan-bahan:

  • 250gm pisang berangan + 1 sudu cuka
  • 200gm minyak
  • ½ sudu teh garam
  • 230gm gula perang
  • 220gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla atau pisang
  • 1 sudu teh baking powder
  • 200gm telur
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu ovallete (pilihan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar pisang bersama cuka dan biarkan seketika.

2. Kemudian, kacau minyak, garam, gula perang, tepung gandum, esen vanilla, telur, baking powder dan baking soda dengan whisk atau blender saja.

*Jika guna ovallete, mesti pukul telur, gula dan ovallete sampai gebu terlebih dahulu, baru masukkan bahan lain.

3. Selepas itu, masukkan adunan pisang dan kaup balik adunan saja.

4. Seterusnya, alaskan loyang saiz 8″ atau 9″ dengan baking paper dan masukkan adunan tadi.

5. Akhir sekali, bakar pada suhu 150ºC hingga 170ºC selama 40 hingga 50 minit sehingga masak dengan menggunakan api atas dan bawah. Setelah sejuk, boleh potong. Siap!

Jika tiada idea pencuci mulut di rumah, bolehlah buat resepi Kek Pisang moist ini. Hasilnya bukan saja lembut, malah aroma pisang yang wangi cukup memikat selera.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Muhammad Nor Firdaus Luloh, Asiah Abdullah dari Facebook

Sumber: Asiah Abdullah

Baca juga: Resipi Kek Pisang Kukus Guna Blender, Nak Hasil Lembut Berkilat Ada Caranya

Aimi

Recent Posts

Hanya 4 Rumah Sembelih Diiktiraf Halal Di Kuala Lumpur, Ramai Mula Persoal Status Ayam Segar

Hanya empat rumah sembelih di Kuala Lumpur mempunyai status halal yang diiktiraf, sekali gus menimbulkan…

2 hours ago

Cara Buat Dimsum Mentai, Inti Ayam Juicy Dengan Sos Berkrim Yang Melimpah!

Resepi dimsum mentai ini sesuai dicuba buat penggemar dimsum yang sukakan gabungan inti ayam lembut…

4 hours ago

Dah Macam-Macam Cara Cuba Tapi Masih Batuk? Ini 7 Petua Dapur Yang Boleh Diamalkan

Dah cuba petua limau nipis dan kicap tetapi batuk berkahak masih belum reda? Selain petua…

4 hours ago

Petua Mudah Lembutkan Daging Tetel Dengan Cepat, Guna Teknik 5-30-7 Ini!

Daging tetel antara bahagian daging lembu yang menjadi pilihan ramai kerana mempunyai gabungan isi dan…

5 hours ago

30 Fakta Menarik Tentang Pisang, Rupanya Bukan Semua Jenis Boleh Dimakan Mentah!

Pisang sememangnya antara buah yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Namun, tahukah anda terdapat pelbagai…

5 hours ago

Anak-Anak Minta Buat Dessert, Ibu Ini Kongsi Idea & Cara Mudah Sediakan Dadih Mangga Di Rumah!

Terasa teringin menikmati pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan? Dadih mangga boleh dijadikan pilihan kerana…

5 hours ago