resepi kek pisang moist

Selama ini sering makan kek yang gebu dan padat saja, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba pula resepi Kek Pisang moist yang hasilnya cukup lembut dan harum.

Kek Pisang moist dibuat daripada pisang yang telah masak dan sangat popular kerana teksturnya lembap dan rasa pisangnya yang harum serta manis semula jadi.

Asiah Abdullah telah kongsikan resepi Kek Pisang moist di Facebook yang mendapat pujian dan cukup digemari oleh ibunya. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

RESEPI KEK PISANG MOIST

resepi kek pisang moist

Bahan-bahan:

  • 250gm pisang berangan + 1 sudu cuka
  • 200gm minyak
  • ½ sudu teh garam
  • 230gm gula perang
  • 220gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla atau pisang
  • 1 sudu teh baking powder
  • 200gm telur
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu ovallete (pilihan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar pisang bersama cuka dan biarkan seketika.

2. Kemudian, kacau minyak, garam, gula perang, tepung gandum, esen vanilla, telur, baking powder dan baking soda dengan whisk atau blender saja.

*Jika guna ovallete, mesti pukul telur, gula dan ovallete sampai gebu terlebih dahulu, baru masukkan bahan lain.

3. Selepas itu, masukkan adunan pisang dan kaup balik adunan saja.

4. Seterusnya, alaskan loyang saiz 8″ atau 9″ dengan baking paper dan masukkan adunan tadi.

5. Akhir sekali, bakar pada suhu 150ºC hingga 170ºC selama 40 hingga 50 minit sehingga masak dengan menggunakan api atas dan bawah. Setelah sejuk, boleh potong. Siap!

resepi kek pisang moist

Jika tiada idea pencuci mulut di rumah, bolehlah buat resepi Kek Pisang moist ini. Hasilnya bukan saja lembut, malah aroma pisang yang wangi cukup memikat selera.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Muhammad Nor Firdaus Luloh, Asiah Abdullah dari Facebook

Sumber: Asiah Abdullah

Baca juga: Resipi Kek Pisang Kukus Guna Blender, Nak Hasil Lembut Berkilat Ada Caranya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN