Apabila datang mood untuk buat kek, anda pasti skrol media sosial laju-laju untuk cari resepinya. Kek paling sedap, semestinya resepi Kek Pandan Kukus!
Kek Pandan ialah kek span, ringan dan berwarna hijau kerana menggunakan daun pandan. Ia adalah antara kek disukai ramai kerana lembut dan gebu.
Hari ini anda boleh cuba resepi Kek Pandan Kukus yang dikongsikan oleh Ezzah Nurafiqah di Facebook. Kek ini lebih menggoda dengan cheese leleh!
Baca juga: Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven, Masak Guna Dapur Gas Je
RESEPI KEK PANDAN KUKUS
Bahan-bahan kek:
- 1 cawan gula
- 3 bji telur (mix sampai gebuh dan putih)
- 1 sudu besar ovelatte
- 1/2 cawan minyak masak (jangan dilebihkan)
- 1/2 cawan susu cair (jangan dilebihkan)
- Pewarna hijau separuh tutup
- Perisa pandan 1 penutup besar (boleh ditukar kepada perisa strawberry, vanilla dan warna)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
*Tak perlu soda bikarbonat
*Pastikan sukatan minyak dan susu cair tak lebih
Bahan-bahan cream cheese leleh:
- 250 gram cream cheese Tatura
- Suku cawan susu cair
- Setengah cawan susu pekat manis (ikut manis sendiri)
Cara-cara penyediaan kek:
1. Mixer gula, telur dan ovelatte sampai gebuh dan berwarna putih.
2. Masukkan minyak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan, kemudian mixer sampai sebati.
3. Masukkan tepung dan baking powder, kemudian mixer sekejap tapi jangan lama. Hentikan mixer dan kaup balik bahan tadi.
4. Kukus kek 30 minit dengan api sederhana dan pastikan air mendidih sebelum mengukus. Tutup kepala pengukus dengan kain (balut).
5. Sementara tunggu kek masak, mixer semua bahan cream cheese leleh sampai gebu.
6. Selepas kek masak, tunggu kek betul-betul sejuk.
7. Nak buat layer, kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan, potong atau belah tengah dan letak cream cheese.
8. Letak semula kek yang dipotong tadi, letak cream cheese dan ratakan. Parut cheddar cheese atas kek supaya ia nampak menarik. Siap!
Selain dijadikan sebagai pencuci mulut, anda boleh guna resepi Kek Pandan Kukus ini untuk buat kek hari lahir anak anda. Pasti dia lebih gembira nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Ezzah Nurafiqah
Baca juga: Kek Pisang Kukus Paling Mudah, Lembut Dan Gebunya Rasa Klasik